suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hampir 2 jam berguru“ - Syed Saddiq dan Bella Astillah hantar kad kahwin, ambil nasihat Wan Azizah

Bella (kiri) dan Syed Saddiq (kanan) memberi kad undangan perkahwinan buat Wan Azizah.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama tunangnya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengambil kesempatan mendapatkan nasihat mengenai alam rumah tangga daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Syed Saddiq, 34, berkata mereka meluangkan masa hampir dua jam bersama isteri kepada Perdana Menteri itu berkongsi cerita selain mendapatkan pandangan mengenai perkahwinan, pengorbanan dan kesetiaan dalam membina keluarga.

Kata Syed Saddiq, Wan Azizah antara individu paling sesuai untuk dijadikan rujukan memandangkan pengalaman beliau mengharungi pelbagai cabaran sebagai seorang isteri, ibu dan ahli politik.

"Hampir dua jam saya dan Bella 'berguru' bab perkahwinan dengan Wan Azizah.

Syed Saddiq (kiri) dan Bella sempat menerima nasihat perkahwinan daripada isteri Perdana Menteri Malaysia.

Syed Saddiq (kiri) dan Bella sempat menerima nasihat perkahwinan daripada isteri Perdana Menteri Malaysia. 

"Kalau nak cari orang paling layak beri nasihat tentang rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan, susah nak lawan beliau.

"Beliau memahami selok-belok dunia politik. Beliau tahu besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu," katanya. 

Syed Saddiq berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata keteguhan Wan Azizah dalam menghadapi pelbagai ujian kehidupan menjadi antara sebab dia begitu menghormati dan mengagumi figura tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq serah sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah, siap minta petua rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah makin berdebar menjelang hari bahagia, persiapan kahwin sudah 70 peratus siap

"Diuji berkali-kali, dalam keadaan yang bukan mudah, tetapi tetap teguh dan setia bersama keluarga.

"Sebab itu bagi saya, beliau ialah 'Malaysia’s Compassionate Iron Lady',"

"Saya sendiri pernah mendapat penghormatan berkhidmat bersama beliau dalam Kabinet. Satu penghormatan dan keistimewaan yang saya akan sentiasa hargai," ujarnya. 

Sementara itu, Syed Saddiq menjelaskan kunjungan mereka kali ini bukan atas urusan politik atau mesyuarat Kabinet, sebaliknya untuk menyerahkan kad undangan perkahwinan.

"Kali ini datang bukan untuk mesyuarat Kabinet… tapi saya dan Bella datang bawa kad kahwin. 

"Terima kasih Dato’ Seri atas hampir dua jam nasihat, cerita dan pesanan untuk kami berdua.

"Insya-Allah, nasihat itu kami bawa masuk ke alam perkahwinan," katanya.

Syed Saddiq (kanan) menyifatkan Wan Azizah sebagai wanita hebat.

Syed Saddiq (kanan) menyifatkan Wan Azizah sebagai wanita hebat.

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella, 32, sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober depan.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.

Pasangan itu kemudian bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dan akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 9, dan Ara, 6.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain