suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bella Astillah makin berdebar menjelang hari bahagia, persiapan kahwin sudah 70 peratus siap

Bella (kiri) memilih untuk menguruskan sendiri persiapan perkahwinan bersama Syed Saddiq.

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah mendedahkan persiapan perkahwinannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini sudah mencapai 70 peratus.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata dia memilih untuk menguruskan sendiri sebahagian besar persiapan perkahwinan tanpa menyerahkan sepenuhnya urusan berkenaan kepada keluarga.

Kata Bella, biarpun sibuk dengan kerjaya, segala persiapan tetap dapat dilakukan seiring dan dipermudahkan dengan adanya sokongan keluarga.

“Saya rasa persiapan dan masa bekerja semuanya berjalan seiringan. Selagi mana saya masih ada keluarga insya-Allah semuanya dipermudahkan. 

Bella perlu membahagikan masa antara menguruskan persiapan perkahwinan dan kerjaya.

Bella perlu membahagikan masa antara menguruskan persiapan perkahwinan dan kerjaya.

“Sudah tentu rasa tertekan tetapi saya percaya semua orang ada fasa ini dalam hidup,” katanya kepada mStar

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Majlis Pelancaran Truedan Malaysia berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Bella mengakui semakin berdebar memikirkan kehidupan baharu yang bakal dilalui selepas bergelar isteri.

“Rasa debar itu melibatkan banyak perkara, pertamanya selepas berumah tangga akan ada kehidupan berbeza sedikit. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Rapat tak semestinya mereka wajib jadi pengapit“ – Bella Astillah jawab isu pilih ‘bridesmaid’, nafi ada rakan berkecil hati

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejak bila pula ‘bridesmaids‘ wajib yang popular atau artis?“ - Bella Astillah kongsi alasan pilih sembilan pengapit

“Tapi saya rasa perasaan berdebar ini adalah sebahagian daripada proses, jadi saya lalui saja,” ujarnya.

Mengulas mengenai persiapan perkahwinan, Bella memberitahu masih terdapat beberapa perkara kecil yang belum dikongsikan kepada umum dan mungkin akan didedahkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, buat masa ini fokusnya adalah memastikan urusan persiapan perkahwinan, kerjaya dan anak-anak dapat diseimbangkan.

“Sebenarnya ada perkara-perkara kecil yang saya rasa nanti insya-Allah akan dikongsikan. 

Sudah tentu rasa tertekan tetapi saya percaya semua orang ada fasa ini dalam hidup. 

BELLA ASTILLAH

PENYANYI & PELAKON

“Sekarang ini saya perlu seimbangkan daripada segi persiapan, kerjaya dan anak-anak. 

“Saya tak boleh tinggalkan anak-anak, tetap kena luangkan masa bersama mereka,” jelasnya.

Ditanya sama ada mempunyai perancangan untuk bercuti memandangkan semakin sibuk dengan urusan kerja dan persiapan perkahwinan, Bella berkata buat masa ini tiada perancangan sedemikian.

Malah, Bella dijangka terus bekerja selepas selesai majlis perkahwinan nanti dan menganggap kesibukan tersebut sebagai satu bentuk rezeki.

“Sekarang ini belum ada perancangan untuk cuti, semuanya bekerja. Malah selepas majlis kahwin nanti pun insya-Allah saya masih ada kerja lagi. 

“Jadi belum ada perancangan untuk bercuti. Saya anggap ini sebagai rezeki. 

“Selagi saya masih berdaya untuk bekerja, okay saja tak ada paksaan. Saya buat semua ini untuk anak-anak,” katanya.

Bella dan Syed Saddiq (kiri) bakal bernikah pada 10 Oktober ini.

Bella dan Syed Saddiq (kiri) bakal bernikah pada 10 Oktober ini.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq, 34, mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan mengumumkan bakal bernikah pada 10 Oktober depan.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.

Mereka bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dan akhirnya berpisah kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden,9, dan Ara, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain