suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Rapat tak semestinya mereka wajib jadi pengapit“ – Bella Astillah jawab isu pilih ‘bridesmaid’, nafi ada rakan berkecil hati

TIADA isu kecil hati dalam kalangan rakan penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang tidak terpilih sebagai pengapit di majlis perkahwinannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 10 Oktober depan.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkata pemilihan pengapit dibuat berdasarkan keadaan dan kesesuaian rakan-rakannya serta memahami jika ada yang tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.

“Bagi saya, semua kawan-kawan memang rapat. Tapi, rapat itu tak semestinya mereka wajib jadi pengapit sampai kita lupa mereka pun ada tanggungjawab lain.

Bella bersama sembilan pengapit yang terpilih.

“Saya hormati saja keputusan mereka. Alhamdulillah saya rasa di usia sekarang kita semua ini fokus pada nak cari rezeki untuk kehidupan masing-masing. Tak timbul istilah berkecil hati. 

“Bella percaya kita semua dah dewasa. Kita lebih kepada mendoakan bila tengok orang lain bahagia,” katanya kepada mStar.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Majlis Pelancaran Truedan Malaysia berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejak bila pula ‘bridesmaids‘ wajib yang popular atau artis?“ - Bella Astillah kongsi alasan pilih sembilan pengapit

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah pecah rekod peribadi, gigih tamatkan larian demi Syed Saddiq... Rakan siap bawa bunga manggar!

Mengulas lanjut, Bella memberitahu terdapat beberapa rakan yang sudah dihubungi untuk menjadi pengapit, namun mereka tidak dapat ikut serta atas faktor komitmen masing-masing.

“Sebenarnya ada yang Bella sudah hubungi pun tapi tak dapat nak buat. Jadi perkara-perkara di sebalik itu orang tidak nampak.

“Ada yang sudah ada komitmen lain, ada yang tak dapat datang dan ada yang hanya boleh datang pada waktu majlis. 

“Insya-Allah memang semua saya jemput. Mereka tak dapat nak jadi pengapit sebab sibuk dengan kehidupan masing-masing,” ujarnya.

Keputusan memilih pengapit majlis perkahwinan Bella dibuat mengikut kesesuaian dan keadaan rakan-rakannya.

Sebelum ini, Bella berkongsi hantaran di media sosial yang memaparkan barisan pengapitnya berkumpul dalam sebuah acara sambil melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Walaupun ada dalam kalangan mereka yang kurang dikenali, Bella berkata, kesemua rakan terdekat itu merupakan individu yang sentiasa berada di sisinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain