suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaki Yamani cabar diri kawal emosi... “Saya tak mahu terlalu memaksa rasa sedih itu“

‘Akur’ menjadi ruang untuk Zaki menampilkan sisi yang lebih matang.

PENYANYI Zaki Yamani mengakui cabaran terbesar ketika menjayakan lagu terbaharunya, Akur adalah menyampaikan rasa kecewa secara bersahaja dalam keadaan emosi yang terkawal.

Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata dia sengaja memilih pendekatan demikian kerana percaya kesedihan tidak semestinya dizahirkan secara berlebihan.

“Memang mencabar untuk membawa emosi Akur kerana saya tak mahu terlalu memaksa rasa sedih itu. Saya cuba sampaikan dengan sejujur mungkin.

Zaki melancarkan single baharu berjudul Akur.

“Bagi saya, apabila kita benar-benar kecewa, kadang-kadang kita tak perlu pun terlalu menunjukkan kesedihan itu. Ada rasa yang lebih kuat apabila kita pendam dan cuba terima dengan tenang,” katanya.

Menurut Zaki, Akur bukan sekadar berkisar tentang perpisahan, sebaliknya mengangkat kisah seseorang yang belajar menerima perubahan hati insan disayangi meskipun perasaan terhadapnya masih ada.

Lagu ciptaan Amzar Razqa dan Bunga itu turut menampilkan lirik hasil tulisan Bunga, Zaki dan Amzar Razqa.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani terbuka cuba pelbagai karakter - "Mungkin belum sedia kalau watak lelaki songsang" 

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani suka wanita bijak, kuat bekerja... Jawab gosip bercinta dengan Azeva

Zaki berkata, Akur turut menjadi ruang untuknya menampilkan sisi yang lebih matang dalam menghayati dan menyampaikan sesebuah karya.

“Kadang-kadang kita kena belajar menerima sesuatu yang kita tak mahu. Bukan sebab kita dah tak sayang, tetapi mungkin itu yang terbaik untuk kita.

“Ada masa kita perlu berundur dengan tenang dan teruskan kehidupan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Zaki Yamani, single baru Zaki, Akur,

Artikel Lain