SIARAN drama Madu Atau Racun dihentikan sementara selepas iQlYI mengambil serius kebimbangan yang dibangkitkan oleh masyarakat berhubung kandungan naskhah berkenaan.Dalam satu kenyataan rasmi di Instagram, iQIYI memaklumkan pihaknya mengambil serius perkara tersebut dan kini sedang menjalankan proses semakan serta suntingan terhadap kesemua episod drama itu. Menurut iQIYI, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Communications and Multimedia Content Forum (CMCF) serta pihak berkaitan. Kenyataan yang dimuat naik di akaun rasmi iQIYI.“Sehubungan itu, siaran Madu Atau Racun akan dihentikan sementara sehingga kami menerima kelulusan daripada pihak-pihak berkaitan untuk meneruskan semula siarannya.“Kami kekal komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta melaksanakan segala penambahbaikan yang telah dipersetujui,” katanya.Dalam kenyataan sama, iQIYI turut memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang timbul susulan kandungan drama tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Finas minta iQIYI turunkan drama ‘Madu Atau Racun’, sunting semula babak kontroversiARTIKEL BERKAITAN: MIG mohon maaf, tiada niat sentuh isu sensitif dalam drama ‘Madu Atau Racun’Pihaknya turut menegaskan bahawa mereka menghormati nilai agama dan budaya serta mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia.“iQlYI mengakui dan memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan berhubung drama Madu Atau Racun.“Kami memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang berlaku serta menghormati nilai agama dan budaya, selain sensitiviti masyarakat Malaysia,” ujarnya.Dari kiri: Elisya, Aliff dan Uqasha sebagai teraju utama Madu Atau Racun.Sebelum ini, drama bersiri yang ditayangkan menerusi platform penstriman iQIYI itu mencetuskan kontroversi di media sosial susulan penularan babak yang didakwa memaparkan hubungan sesama jantina.Paparan berkenaan mengundang reaksi netizen sehingga ada yang menyeru supaya drama tersebut diboikot.Susulan kontroversi itu, FINAS meminta iQIYI menurunkan keseluruhan tayangan drama berkenaan bagi membolehkan proses suntingan semula dilakukan terhadap kesemua 12 episod.Madu Atau Racun dibintangi pelakon popular, Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube