SYARIKAT MIG Production House (MIG) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi membabitkan penayangan drama siri Madu Atau Racun yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat.MIG menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil maklum terhadap segala teguran dan mengakui babak kecenderungan hubungan sesama jantina yang dipaparkan adalah keterlaluan untuk tontonan umum. Jelas MIG, mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk memperlekehkan mana-mana pihak mahupun sengaja mencetuskan isu sensitif menerusi karya yang ditayangkan di platform penstriman iQIYI itu.Kenyataan rasmi pihak MIG.“Kepada seluruh penonton, peminat dan semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadap drama Madu Atau Racun, kami mengambil maklum terhadap isu yang sedang tular dan telah menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat dengan babak yang dilihat agak keterlaluan untuk ditonton secara umum.“Kami ingin menegaskan bahawa kami tiada niat sama sekali untuk menyentuh, memperlekehkan atau menimbulkan sebarang kontroversi dengan sengaja,” katanya menurut kenyataan di Instagram rasmi MIG pada Rabu. Dalam pada itu, MIG menghormati pandangan yang dilontarkan oleh penonton dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan naskhah pada masa hadapan.ARTIKEL BERKAITAN: Tolak tayangan ‘Madu Atau Racun’, Menteri Agama kesal drama sentuh sensitiviti dan norma budayaARTIKEL BERKAITAN: Ada mesej dalam drama ‘Madu Atau Racun’, Elisya Sandha minta tonton sampai hujung episod"Kami memohon maaf dan menghormati pandangan semua pihak dan akan memperbaiki karya kami yang akan datang.“Seterusnya pihak kami mengambil teguran ini sebagai satu pengajaran yang besar,” katanya.Sebelum ini, drama Madu Atau Racun yang ditayangkan di platform IQIYI menerima kecaman susulan penayangan babak percintaan kaum sejenis.Tiga pelakon utama drama Madu Atau Racun. Susulan kekecohan yang tercetus di media sosial itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengadakan satu pertemuan khas pada Rabu bagi membincangkan isu berkenaan.Sesi perbincangan tersebut akan melibatkan beberapa pihak berkaitan termasuk wakil daripada produksi MIG, platform iQIYI, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) serta Persatuan Televisyen Malaysia (PTVM).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube