SELEPAS empat tahun menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, penyanyi Yasin Sulaiman dikhabarkan sudah dibenarkan pulang ke rumah.Berita gembira itu dikongsikan oleh sahabatnya yang juga penyanyi Akbar Azmi menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Rabu. Akbar memberitahu dia sempat berhubung menerusi panggilan telefon bersama penyanyi tersebut yang ketika itu dikhabarkan sedang dalam perjalanan pulang.Akbar berkongsi berita gembira menerusi hantaran di Threads miliknya.“Bismillah, Alhamdulillah. Akhirnya selepas empat tahun lebih, Yasin Sulaiman atau dikenali Yasin Brothers dibenarkan pulang daripada hospital hari ini.“Subhanallah, lama tempoh itu sehingga anak pun dah besar. Tetapi Alhamdulillah daripada sepatutnya 30 tahun disabitkan untuk duduk dalam penjara, dengan kuasa Allah, Yasin dapat bebas hari ini.“Saya baru telefon dia tadi dan dia kini dalam perjalanan berdekatan Tapah. Nantikan perkembangan terbaru saya bersama beliau,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Yasin wajar diberi peluang... “Jangan ‘bunuh’ kreativiti anak seni” ARTIKEL BERKAITAN: Pernah kurus sampai nampak tulang, Yasin Sulaiman makin sihat tinggal di Hospital BahagiaUntuk rekod, pada 22 Ogos 2024, Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 51, dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.Hakim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada 29 November 2023.Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 28 April 2025 melepas dan membebaskan serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenan Sultan Selangor. Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan ke atas Yasin selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya.Yasin didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis Kanabis seberat 193.7 gram, menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan memberikan dirinya dadah berbahaya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube