PELAKON Badron Munirah menjelaskan pendedahannya mengenai mesej yang diterima daripada lelaki berstatus suami orang bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Sebaliknya, Badron atau Mohammad Nur Badron Munirah Rio Abdillah, 27, berkata perkongsian tersebut sekadar peringatan kepada orang ramai agar tidak bertindak keterlaluan dalam berkomunikasi di media sosial. "Pendedahan itu dibuat dengan satu niat, sebagai teguran dan peringatan kepada netizen agar lebih matang dan berfikir panjang sebelum menulis atau menghantar mesej bukan-bukan," katanya. Badron nasihat peminat jaga batas. Dalam satu temu bual sebelum ini, Badron mendedahkan menerima mesej nakal daripada individu yang tidak dikenali selepas dia berkongsi gambar menyertai program kecerdasan Hyrox. Menerima secara terbuka setiap mesej, Badron bagaimanapun mula merasa janggal apabila bertanyakan soalan yang tidak perlu. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengaku saudara lepas nama dikenali, Badron Munirah elak beri pinjam duit… Tidak mahu tagih hutang kemudian hari ARTIKEL BERKAITAN: Badron Munirah seronok jadi ‘provider’ keluarga, akui raya di Sarawak paling meriahLebih mengejutkan lagi selepas dia meneliti pemilik akaun berkenaan dan mendapati individu terbabit adalah seorang lelaki berstatus suami orang dan sudah memiliki cahaya mata. Justeru itu, Badron menasihati individu berkenaan agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merosakkan keharmonian rumah tangga. "Hargai dan jaga perasaan mereka sebelum tindakan anda merosakkan keharmonian keluarga sendiri," ujarnya ringkas.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube