suria

Badron Munirah seronok jadi ‘provider’ keluarga, akui raya di Sarawak paling meriah

Badron lebih memilih untuk beraya di Sarawak.

PELAKON Badron Munirah mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini memberi makna yang berbeza buat dirinya selepas memiliki kerjaya dan pendapatan sendiri.

Kata Badron atau Mohammad Nur-Badron Munirah Rio Abdillah, 27, sambutan raya kali ini dia bertekad untuk menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dengan membelanjakan sebanyak mungkin untuk keluarga. 

"Apabila usia makin meningkat saya lebih suka memberi daripada menerima terutama kepada anak buah saya yang dah lama tak jumpa. 

Badron bertanggungjawab untuk sediakan keperluan raya kepada keluarga. 

"Bagi saya, itu adalah kepuasan untuk saya. Selain itu, kewajipan terhadap ibu bapa adalah keutamaan. Itu yang saya kena tunaikan.

"Saya pun sudah ada pendapatan sendiri dan ego sebagai lelaki untuk jadi 'provider' semakin tinggi. Saya jadi seronok bila dapat sediakan semua keperluan untuk keluarga," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Badron berkata dia juga lebih gemar menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Sarawak kerana suasana perayaan di negeri tersebut dianggap lebih meriah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya ada RM200 dalam poket, Badron Munirah ‘gamble’ datang KL kejar impian bergelar pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan dengan Meerqeen, Badron Munirah tak mahu dibayangi artis lain

Menurutnya, tradisi kunjung-mengunjung sepanjang bulan Syawal membuatkan sambutan Aidilfitri di sana terasa lebih istimewa.

"Saya memang suka sambut raya di Sarawak. Suasana raya di sini sangat meriah. Apa yang paling saya suka adalah laksa Sarawak. Pergi setiap rumah, memang itu paling saya cari," ujarnya. 

Dalam masa sama, Badron juga berhasrat untuk memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan di Sarawak sebagai tanda syukur sempena Aidilfitri. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain