suria

Zarif Ghazzi tidak berkira dengan keluarga... "Untuk mereka duit saya unlimited"

Zarif tidak kisah habiskan duit untuk keluarga.

PELAKON Zarif Ghazzi mengamalkan sikap bersederhana dalam soal perbelanjaan peribadi pada musim perayaan ini meskipun dilihat semakin stabil dalam kerjaya.

Zarif, 22, berkata dia menetapkan had tertentu setiap tahun bagi mengawal kewangan agar tidak berbelanja secara berlebihan.

Bagaimanapun Zarif menjelaskan dia tidak berkira apabila melibatkan keperluan keluarga dan menganggap perkara itu sebagai satu keutamaan.

Zarif lebih mengutamakan keluarga. 

"Saya memang bersederhana dalam berbelanja, memang saya ada letakkan had. Untuk tahun ini mungkin saya hanya berbelanja sebanyak RM2,000 untuk diri sendiri. 

"Tapi, untuk keluarga, saya akan melabur sebaiknya. Kalau untuk keluarga, memang unlimited sebab mereka adalah darah daging saya dan akan bantu semampu yang boleh," katanya kepada mStar. 

Ditanya mengenai sikap artis yang gemar berbelanja sakan terutama ketika sambutan Aidilfitri, Zarif berpendapat setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menghargai diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat fanatik ceroboh privasi, Zarif Ghazzi terkejut sampai ada WhatsApp ibu... Tak selesa babit keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi hanya teman rapat, Bella Dowanna elak cinta lokasi 

"Kalau ada artis yang sanggup berhabis banyak duit, saya tidak ada masalah sebab itu cara dia reward diri sendiri.

"Tapi, kalau boleh berhemahlah sedikit. Bagi saya, lebih baik bersederhana. Peruntukan duit raya pun Alhamdulillah tahun ini ada lebih," ujarnya.

Dalam pada itu, Zarif turut berkongsi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak banyak berbeza, namun masa bersama keluarga agak terhad kerana terikat dengan komitmen kerja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain