ANAK kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dirasai kini tidak lagi semeriah seperti ketika zaman kanak-kanaknya.Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, berkata perubahan itu paling terasa apabila suasana berkumpul bersama keluarga semakin berkurangan berbanding dahulu.Cik B (kanan) hanya beraya bersama ibu (kiri) dan adik. "Sekarang ini saya rasa seperti tiada lagi perkara yang menggembirakan macam zaman kanak-kanak. Berkumpul dengan keluarga pun dah tak meriah macam dulu."Di rumah, saya beraya dengan ibu, adik dan pembantu saja. Dulu ada juga saudara yang datang dari Kelantan, tapi sekarang ini mereka pun dah makin tua dan tak larat, membuatkan suasana raya sudah tidak seindah dulu.ARTIKEL BERKAITAN:[V] Vida ‘terpukul’ baca luahan hati Cik B, tetap terima imej tomboi seadanyaARTIKEL BERKAITAN:Rupanya! Cik B bermaksud Cik Brader, gurauan sinis buat ramai terhibur... “Lu kan, dekoh derah wa”"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Dulu waktu masih kecil, bagi saya hari raya paling menyeronokkan, mungkin sebab tak perlu fikir apa-apa, yang saya tahu nak bermain saja," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Cik B berkata dia kini menyambut hari raya secara bersederhana memandangkan tiada lagi ahli keluarga pulang beraya.Pun begitu, personaliti media sosial itu tetap menghargai makna sebenar Aidilfitri sebagai simbol kemenangan selepas umat Islam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan.Cik B (kanan) menyambut Aidilfitri sebagai tanda meraikan kemenangan berpuasa."Aidilfitri tetap disambut bagi meraikan kemenangan selepas sebulan menahan diri daripada lapar dan dahaga," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube