suria

2 Syawal penuh makna, Alif Satar sambut cahaya mata keempat

Alif selamat timang cahaya mata keempat.

PENYANYI dan pelakon Alif Satar berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka pada 2 Syawal. 

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Alif atau Muhammd Alif Mohd Satar, 36, menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

"Masya-Allah Tabarakallah. Alhamdulillah, Shad selamat melahirkan anak kami yang ke-4 waktu subuh tadi. 

Alif  dan isteri dihujani dengan ucapan tahniah.

"Terima kasih atas doa dan ucapan kalian," katanya.

Menerusi hantaran tersebut turut memaparkan anak sulungnya memangku bayi berkenaan sambil ditemani dua adiknya.

Bagaimanapun, Alif menutupi wajah anaknya dengan emoji hati selain masih merahsiakan nama pilihan dia dan isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar kagum semangat isteri, berjaya tamatkan larian 10km walaupun hamil empat bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar tersentuh lihat ‘keffiyeh’ Palestin jadi simbol solidariti di Eropah

Dia juga tidak berkongsi secara terperinci jantina bayi yang baru dilahirkan. 

Dalam pada itu, Alif turut menitipkan doa baut anaknya yang baru lahir itu agar sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Alif dan keluarga sempat beraya pada Syawal pertama.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam," ujarnya.

Untuk rekod, Alif dan Shadila Halid mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 11, Ariana Mecca, 9, dan Muhammad Ali yang kini berusia 7 tahun.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain