PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza buat dirinya apabila perlu lebih berhati-hati kerana baharu menyambut kehadiran anak ketiga. Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berkata dia tetap menerima tetamu yang berkunjung ke rumah, namun akan berterus terang lebih awal supaya tidak mencium bayinya itu bagi mengelakkan sebarang kemudaratan. “Tahun ini mungkin sedikit lain kerana ada bayi, jadi saya tak nak terlalu keluar sangat dan tidak juga menyekat tetamu yang datang.Uyaina fokus kepada kesihatan bayi.“Tapi saya sangat jujur, sebelum saya beri orang pegang bayi saya akan cakap jangan cium. Pegang itu saya okay lagi, memang saya akan cakap terus,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Uyaina berkata dia memahami mungkin ada segelintir individu yang kurang senang dengan peraturan tersebut.Bagaimanapun kata Uyaina, dia memilih untuk tidak mengambil pusing pandangan negatif kerana keutamaan ketika ini ada kesihatan anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bukan nak banding siapa lebih menderita” – Uyaina tak sangka luahan ‘pejuang garis satu’ disalah tafsirARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad bersalin cahaya mata ketiga, timang anak lelaki lagi“Saya faham ada orang mungkin fikir kenapa tak bagi cium macam dia seorang saja ada anak.“Tapi saya akan pekakkan telinga saja tentang perkara itu kerana yang penting anak saya sihat,” ujarnya.Tambah Uyaina, langkah itu diambil kerana menyedari risiko jangkitan yang boleh berlaku kepada bayi baru lahir.“Kita tahu kalau cium bayi baru lahir boleh beri jangkitan kepada bayi itu, banyak kes sudah berlaku.Uyaina mempunyai tiga cahaya mata lelaki.“Saya tak kisah pun kalau ada orang nak kata saya overprotective. Kalau bukan mak ayah budak itu yang nak lindungi mereka, siapa lagi?” katanya.Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember 2021.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 4, Raja Urayyan, 2 tahun dan seorang bayi berusia dua bulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube