PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad tidak menyangka luahannya mengenai istilah 'pejuang garis satu' di media sosial disalah tafsir oleh segelintir wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berkata istilah tersebut terlintas secara spontan memandangkan dia sendiri pernah melalui pengalaman berkaitan ujian kehamilan. “Pejuang garis satu itu pun saya cuma terfikir secara tiba-tiba. Kalau ada pejuang garis dua, tentu ada juga garis satu.Uyaina baharu sahaja bersalin anak ketiga.“Sebab setiap kali saya buka ujian kehamilan, saya memang berharap jangan ada dua garis,” katanya kepada mStar.Uyaina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana drama vertikal My Ramadan Love Story yang berlangsung di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur pada petang Isnin.Menurutnya, luahan tersebut bukan bertujuan membandingkan atau memperlekehkan mana-mana pihak, sebaliknya sekadar berkongsi perspektif bahawa setiap individu mempunyai perjuangan masing-masing.ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad bersalin cahaya mata ketiga, timang anak lelaki lagiARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad terkilan, gambar dan video dijadikan peluang cari untung tanpa izin… “Berkat ke itu?”Tambah Uyaina, niatnya ketika memuat naik hantaran tersebut adalah untuk menyampaikan mesej positif, namun dia memahami sekiranya ada pihak yang tersalah tafsir.“Bukan nak bandingkan siapa punya perjuangan lebih teruk atau berat. Siapa lebih menderita bukan! Hakikatnya kita masing-masing ada perjuangan sendiri.“Kita sahaja yang tahu apa yang kita perjuangkan, jadi tak perlu bandingkan antara satu sama lain,” jelasnya. Tapi saya rasa orang seperti saya ini pun ramai.UYAINA ARSHADPENGACARA/PELAKONDalam pada itu, Uyaina memberitahu dia juga mempunyai ramai kenalan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.Malah, dia percaya ramai wanita lain yang melalui situasi sama sepertinya dan berjuang setiap hari.“Saya sebenarnya ada ramai kawan yang bergelar pejuang garis dua dan melakukan TTC (trying to conceive) bertahun-tahun lamanya.“Tapi saya rasa orang seperti saya ini pun ramai. Kami berjuang untuk tidak mengandung sama ada secara manual atau menggunakan alat bantuan.Uyaina mempunyai tiga cahaya mata lelaki.“Berjuang setiap hari, harapnya pejuang garis satu juga terus bangkit!,” ujarnya.Sebelum ini, Uyaina memuat naik hantaran di media sosial menyatakan usaha dirinya sebagai pejuang garis satu.Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga mencetuskan perdebatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube