suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rupanya! Cik B bermaksud Cik Brader, gurauan sinis buat ramai terhibur... “Lu kan, dekoh derah wa”

Cik B bergurau dengan pengikut mengenai maksud sebenar nama pentasnya.

ANAK kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida berkongsi maksud sebenar panggilan Cik B yang digunakan sebagai nama pentas kepada pengikutnya. 

Katanya, perkataan B yang dimaksudkan selama ini merujuk kepada 'brother' (abang). 

"Ramai orang tanya saya apa maksud nama Cik B. Maksudnya adalah Cik Brader sekian," tulisnya. 

Perkongsian di laman Threads itu mengundang tawa apabila Cik B seolah-olah mengikuti kisah viral yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dan sentiasa tampil dengan lawak bersahaja dengan pengikutnya.  

Rata-rata netizen menyifatkan CIk B sebagai individu yang lucu. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyifatkan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin seorang individu yang lucu hingga membuatkan mereka terhibur dengan perkongsian tersebut. 

"Cik B pun join the hype eh. 

"Cik B ni makin kelakar tau. 

"Patutlah Cik B jadi brother ja. 

"Lu kan Cik B, dekoh derah wa (lawak sangat)," tulis beberapa netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki belasah isteri lepas diterjah, wanita dipercayai skandal nafi ada hubungan istimewa - "Aku panggil dia B, B tu brother la"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Vida ‘terpukul’ baca luahan hati Cik B, tetap terima imej tomboi seadanya

Terdahulu seorang wanita teruk dibelasah suaminya selepas meminta penjelasan mengenai identiti seorang perempuan yang keluar bersama lelaki itu dalam kejadian pada Isnin lalu. 

Berdasarkan video yang tular di media sosial, suaminya menarik kolar baju isterinya dengan kasar dan cuba mengheretnya ke arah lain sebelum dileraikan seorang muda. 

Kejadian dipercayai berlaku ketika lelaki itu bersama wanita yang didakwa skandalnya membersihkan sebuah gerai di tepi jalan di Sungai Buloh, Selangor. 

CIk B sentiasa tampil dengan idea lucu di luar kotak.

Anak saudara wanita itu kemudian menyoal perempuan yang didakwa menjadi punca pertengkaran tersebut mengenai status hubungan mereka. 

"Dua bukan suami saya dan saya bukan isteri dia. Ya aku panggil dia B, tahu B tu apa? Brother la. 

"Apalah yang kau rekod macam ini, kalau aku tak salah, aku boleh saman tau," kata perempuan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain