suria

Indah Ruhaila hamil anak pertama selepas lapan tahun berkahwin

Indah mengumumkan berita baik itu di Instagramnya.

SELEPAS lapan tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Indah Ruhaila memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein,38, dia media sosial miliknya pada Selasa.

"Sesungguhnya Allah sebaik perancang, Alhamdulillah. Lapan tahun penuh keajaiban," ujarnya di ruangan kapsyen.

Indah hamil anak pertama selepas lapan tahun berkahwin. 

Dalam hantaran tersebut, Indah turut berkongsi baby bump yang semakin membesar namun tidak berkongsi usia kandunganya.

Malah dia dan suaminya Ahmad Shariff Ahmad Taufiq, 43, terlihat gembira menantikan cahaya mata sulung mereka.

ARTIEKL BERKAITAN: Elly Mazlein buat kejutan, tampil bertudung di pentas akhir Kilauan Emas 2025

ARTIEKL BERKAITAN: Keluarga pulang semula bola cabutan, Elly Mazlein hulur sumbangan peribadi... "Allah ganti hadiah, satu Malaysia kenal kejujuran mereka"

Untuk rekod, Indah mendirikan rumah tangga dengan Shariff pada 24 Disember 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

Sebelum itu, Shariff pernah mendirikan rumah tangga namun berakhir dengan perpisahan dan mempunyai dua orang cahaya mata perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia