DALAM keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, pelakon Atiq Azman turut mengingatkan tetamu agar tidak mencium anak sulungnya yang baru dilahirkan pada Februari lalu.Bimbang dengan sebarang jangkitan penyakit, Atiq atau Raja Muhammad Atiiqullah Shah Raja Azman Shah, 26, juga berharap orang ramai faham akan situasi tersebut. "Selepas dua bulan barulah boleh bawa anak untuk mendapatkan suntikan vaksin, jadi buat masa sekarang saya harap tidak ada yang memegang terlalu lama atau mencium anak saya jika berjumpa.Atiq dan isteri tunggu masa sesuai untuk kongsi wajah anak di media sosial. "Saya pun sudah maklumkan sebelum ini di media sosial tentang perkara itu. Saya lakukan ini untuk menjaga kesihatan bayi juga, tidak mahu dia dijangkiti sebarang virus sehingga boleh menyebabkan dia jatuh sakit."Kalau anak sakit, saya juga yang terkesan kerana perlu menghantarnya ke klinik untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada mStar.Atiq pada masa sama memberitahu dia dan isteri masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak lelaki mereka, Raja Muhammad Aaryan.ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman timang cahaya mata lelaki, pilih nama Raja Muhammad Aaryan ARTIKEL BERKAITAN: “Paling biadab, perangai pun macam musibat” - Atiq Azman dedah sikap buruk pempengaruh di set penggambaranSebagai seorang bapa, pelakon ini merasakan itu adalah langkah terbaik bagi mengelakkan sebarang masalah kepada anaknya."Setakat ini kami belum sedia untuk berkongsi gambar anak. Kami juga bimbang tentang penyakit ain. Takut orang melakukan perkara tidak elok kepada anak.Atiq teruja tahun pertama sambut raya sebagai bapa. "Tetapi jika berjumpa, bolehlah melihat wajah anak saya. Kalau nampak saya bersama anak, doakan yang terbaik buat kami," ujarnya.Atiq menyambut 1 Syawal di rumah keluarga isterinya di Seremban, Negeri Sembilan sebelum pulang ke Kelantan.Untuk rekod, Atiq mendirikan rumah tangga dengan Alia Natasha pada 21 Februari 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube