suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cucu AR Tompel berang arwah datuk dijadikan bahan lawak demi raih ‘engagement’... Biadab siap letak ‘link affiliate’

Allahyarham AR Tompel dijadikan bahan jenaka di media sosial.

BENGANG arwah datuk dijadikan bahan jenaka, cucu kepada Allahyarham AR Tompel iaitu Elly Amran tampil menegur tindakan seorang pengguna media sosial yang didakwa menghina pelakon legenda berkenaan.

Elly atau nama sebenarnya Suhaili Amran, 26, berkata perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku apatah lagi Allahyarham AR Tompel merupakan seorang seniman yang banyak berjasa kepada industri perfileman tanah air.

Kata Elly, tindakan individu berkenaan mencipta akaun media sosial dan menghasilkan kandungan kontroversi untuk meraih perhatian adalah sangat tidak wajar.

"Orang-orang ini sebenarnya ramai saja, mereka akan cipta akaun dan cipta topik panas semata-mata nak dapatkan engagement. 

Perkongsian Elly sebelum ini di Threads miliknya.

Perkongsian Elly sebelum ini di Threads miliknya.

"Kemudian mereka akan letak pautan affiliate. Individu macam ini kalau nak cari (rezeki) biarlah dengan cara betul. Janganlah sengaja buka aib orang dengan tujuan nak menghina hanya kerana mahu tarik perhatian untuk klik pautan mereka. 

"Anda boleh fikir sendiri adakah wang itu berkat. Macam mana anda nak minta maaf kepada individu yang dihina itu sekiranya mereka sudah meninggal dunia," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Elly yang juga merupakan anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Amran Tompel berkata, isu buli siber bukan perkara baharu apabila ada mangsa memilih untuk berdiam diri dan hanya sebahagian mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

"Saya rasa isu buli siber sudah kerap berlaku. Mungkin ada orang yang abaikan saja, tapi ada yang mahu lawan sampai ke mahkamah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani galas tanggungjawab berat sebagai AR Tompel

ARTIKEL BERKAITAN: Amran Tompel meninggal dunia akibat derita kanser usus

"Macam saya pula pada asalnya memang tak tahu apa-apa tapi bila ramai kawan yang DM dan tunjukkan hantaran tersebut, saya terpaksa bersuara. 

"Saya rasa perkara ini tak patut berlaku kerana atuk saya sudah meninggal dunia dan dia juga merupakan seniman pernah berjasa untuk industri perfileman dan disegani ramai," ujarnya. 

Ditanya sama ada individu berkenaan sudah memohon maaf, Elly menjelaskan dia menyedari kemungkinan akaun yang membuat hantaran tersebut merupakan akaun palsu.

"Sebelum ini saya ada nampak posting dia ada minta maaf tapi akaun dia dah tak ada. 

"Saya tahu saja kemungkinan itu akaun palsu, namun disebalik akaun tersebut tetaplah manusia yang cipta. 

AR Tompel (tengah) bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (kanan) dan Ibrahim Din popular menerusi filem Do Re Mi.

AR Tompel (tengah) bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (kanan) dan Ibrahim Din popular menerusi filem Do Re Mi.

"Dia tetap seorang manusia yang menjadikan bahan lawak untuk individu yang sudah meninggal dunia," katanya. 

Sebelum ini, Elly berkongsi sebuah hantaran di Threads meluahkan rasa kesal selepas pengguna media sosial membuat jenaka terhadap rupa fizikal Allahyarham AR Tompel.

Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan memuat naik foto seorang wanita bergigi jongang sebelum bertanyakan sama ada wanita terbabit merupakan cucu cicit kepada arwah.

Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati Elly yang menganggap perbuatan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan terhadap seorang seniman yang telah meninggal dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain