suria

Amran Tompel meninggal dunia akibat derita kanser usus

Amran sepatutnya menghabiskan tempoh kurantin akibat Covid-19 pada Sabtu.

DUNIA hiburan dikejutkan dengan pemergiaan bintang seni tanah air iaitu Amran Aman Ramli atau Amran Tompel pada kira-kira pukul 4.43 petang, Sabtu.

Arwah meninggal dunia semasa dalam tempoh kuarantin akibat Covid-19 kediamannya di Senawang, Negeri Sembilan.

Menerusi kenyataan Persatuan Seniman, Allahyarham yang berusia 72 tahun itu sepatutnya menghabiskan tempoh kuarantin pada Sabtu.

"Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni hiburan tanah air, Amran Aman Ramli @ Amran Tompel telah kembali ke rahmatullah.

"Arwah meninggal dunia dunia akibat sakit kanser usus yang dihidapi sejak sekian lama," tulis kenyataan tersebut.

Difahamkan jenazah abang kepada pelakon AR Badul itu kini disemadikan di Tanah Perkuburan Forest Height Senawang pada malam, Sabtu.

Allahyarham yang dilahirkan pada 27 Oktober 1950 meninggalkan empat orang anak hasil perkahwinan dengan isteri beliau.

Pada tahun 1987 Amran Tompel tampil dengan filem pertama lakonan beliau iaitu filem Keluarga 69 sebagai watak Joe.

Seterusnya beliau juga ada membintangi beberapa buah drama dan filem antaranya Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain