suria

DJ Lin terima anugerah Penyampai Radio Berpengaruh… Lengkapkan 10 trofi susun sebelah rak TV

DJ Lin bersyukur diangkat sebagai Penyampai Radio Berpengaruh.

SEKALI lagi DJ Lin membuktikan kreadibilitinya apabila memenagi anugerah Penyampai Radio Berpengaruh di majlis Woman of Excellence Awards 2021/2022 yang berlangsung baru-baru ini.

Melahirkan rasa syukur, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid memberitahu dia kini sudah mengumpul sebanyak 10 trofi sejak bergelar penyampai radio.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin menang lagi! Kali ini bawa pulang trofi ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’ - “Ini bukti jenama DJ Lin semakin dipercayai dan kukuh”

DJ Lin 2

DJ Lin terima anugerah di majlis Woman of Excellence Awards 2021/2022.

Kata DJ Lin, kesemua trofi yang dimenanginya itu disusun dalam rak di rumahnya sebagai bukti kepada anak-anaknya tentang pengorbanannya selama ini.

"Alhamdulillah, daripada satu sekarang dah ada 10 trofi. Ada yang suruh susun dekat pejabat. Tapi saya simpan semua trofi dekat rumah saja.

"Saya susun dalam rak yang diletakkan sebelah TV. Saya tinggal dengan anak-anak, jadi trofi ini sebagai bukti pengorbanan saya bekerja siang dan malam.

"Nak buktikan kepada mereka yang pengorbanan saya kerja lewat malam, kadang-kala tak jumpa mereka itu bukanlah sia-sia," katanya kepada mStar.

Untuk 23 tahun dalam industri radio, saya sangat bersyukur.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

DJ Lin yang sudah 23 tahun dalam industri radio mempunyai empat trofi kategori Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian.

Selain itu, dia yang juga Pengurus Besar Suria FM diangkat sebagai Penyampai Radio Eanita Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010, penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012.

Malah, tahun lalu DJ Lin menerima anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai pada anjurah majalah antarabangsa, Reader'S Digest.

Dalam pada itu, penyampai radio Suria FM ini menganggap anugerah yang diterima sangat terindah sepanjang berada dalam industri radio.

DJ Lin 1

DJ Lin bersyukur dengan anugerah yang diterima.

"Saya sangat gembira sebenarnya... sebelum ini saya terima anugerah dalam pelbagai kategori antaranya Penyampai Radio Terbaik di Malaysia untuk anugerah Seri Angkasa.

"Tahun lalu, saya menang Penyampai Radio Dipercayai dan Penyampai Radio Paling Popular. Untuk 23 tahun dalam industri radio, saya sangat bersyukur.

"Saya anggap anugerah kali ini sangat terindah. Selain doa ibu, sokongan dari pihak pengurusan Star Radio, doa peminat juga adalah penting buat saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain