suria

Dibenci gara-gara lakonan 'over' Datin Mona, rupa-rupanya Ziema Din bukan calang-calang... Dah 18 tahun jadi pelakon

Netizen kritik lakonan Ziema yang memegang watak sebagai Datin Mona.

DIKECAM gara-gara watak ibu mentua jahat dalam drama Dendam Seorang Isteri, pelakon Ziema Din mengaku sengaja membuat penonton marah dengan lakonannya.

Ziema atau nama sebenarnya Rozima Bidin, 38, menganggap kecaman dan kritkan yang diterima itu membawa maksud lakonannya berhasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok Fasha Sandha asyik kena pukul mak mentua, penonton tukar siaran gara-gara lakonan ‘over’ Ziema Din

"Setiap kali saya terima tawaran, saya akan study dahulu watak... sama juga dengan watak Datin Mona ini. Watak Mona ini memang begitu.

ZiemaZiema bawa watak ibu mentua kepada Fasha.

"Sampai episod 80 pun orang akan benci. Jadi, saya kena create watak itu supaya orang memang tak suka dan rasa menyampah.

"Saya memang dari awal dah bersedia dengan kecaman dan kritikan netizen. Bagi saya, kalau orang benci, lagi bagus.

"Saya akan berasa sedih kalau orang tak bercakap fasal watak Mona. Sebab watak itu memang minta dikecam," kata Ziema kepada mStar.

Segelintir netizen mengkritik lakonan Ziema yang dikatakan masih kekok dan terlalu berlebih-lebihan ketika melakonkan watak antagonis itu.

Menganggap tiada keperluan untuk pertahankan diri, Ziema tetap terbuka sahaja dengan segala kecaman dan kritikan netizen terhadap lakonannya.

Biarpun masih terdapat segelintir netizen tidak mengenalinya, namun Ziema bersyukur ramai peminat mengingati lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah.

Ziema 2Ziema bergandingan dengan Fasha dalam Dendam Seorang Isteri.

"Ikutkan saya tak perlu pun nak pertahankan diri. Sebab saya faham setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Jadi, saya terima saja semuanya.

"Saya ambil semua kecaman dan kritikan secara positif. Sebenarnya saya dah lama berlakon... saya bermula sebagai pelakon tambahan pada 2004.

"Antara filem yang saya pernah bintangi ialah 16 Puasa, 17 Puasa dan paling orang ingat, watak saya dalam Hantu Kak Limah," ujarnya.

Selain Ziema, drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu turut diterajui oleh Fasha Sandha, Wan Raja, Nad Zainal dan Aidit Noh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain