PENYANYI Mimi Fly berpendapat golongan artis tidak sepatutnya dibebankan dengan tanggapan bahawa mereka perlu sentiasa lantang bersuara atau mengkritik pelbagai isu di media sosial.Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 40 berkata, kewujudan seseorang anak seni dalam industri adalah untuk menunjukkan bakat mereka dan bukan untuk dijadikan contoh kepada masyarakat. "Bagi Mimi, artis ini adalah sesuatu untuk dirasai. Kita tidak perlu faham artis sebab mereka bukannya untuk jadi contoh sahaja, dia boleh jadi apa sahaja yang dia mahu."Memang ada sesetengah artis yang pengaruhnya besar dan lebih cenderung bercerita fasal isu semasa untuk mengajak orang membuat perubahan. Bagi Mimi itu sesuatu yang indah.Mimi juga jarang bersuara mengenai apa-apa isu yang berlaku. "Tetapi bukannya semua kena buat begitu. Maksudnya tidak semua perlu lantang bersuara kerana ia bergantung kepada masing-masing," katanya kepada mStar. Tambah Mimi lagi, netizen juga tidak sepatutnya mudah menghukum selebriti yang memilih untuk mendiamkan diri atau tidak menyuarakan pandangan mereka secara terbuka.Jelasnya, setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat tanpa perlu diperlihatkan di platform media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly bahagia hidup sendiri, kerjaya seni lebih bersinar selepas ceraiARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly sangat rajin, dedikasi ketika latihan… Tiara Jacquelina puji pelakon PGLTM"Kita tidak patut bertindak menghukum jika ada artis tidak lantang bersuara mengenai sesuatu isu. Kita tidak tahu apa panggilan atau arah perjalanan seseorang itu. Mungkin orang yang tidak buat benda ini, dia sedang buat perkara lain yang lebih baik."Sebab itu kita semua kena lebih bersangka baik. Itu adalah lebih baik untuk kita semua," ujarnya.Mimi bagaimanapun berkata, sebagai seorang artis yang mempunyai pengaruh besar, mereka perlu menunjukkan contoh baik agar menjadi ikutan ramai terutamanya peminat. Mimi bagaimanapun berharap selebriti dapat menunjukkan contoh yang baik. "Tapi ini tidak bermaksud saya cakap boleh buat jahat, tidak. Sebagai artis, perlu jaga benda itu sebab mempengaruhi orang ramai. "Jangan tunjuk jahat kepada orang ramai. Artis perlu tunjukkan perkara yang baik-baik supaya jadi ikutan ramai," tambahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube