PENYANYI Mimifly menganggap kehidupan sebagai wanita solo memberi ruang lebih luas untuk dia berkarya serta mendekatkan diri dengan Tuhan.
Mimi atau Shamimi Amalina Norisham, 39, berkata, selepas melalui fasa penceraian dan kembali hidup bersendirian, dia merasakan banyak perubahan positif yang berlaku dalam kerjaya seni.
Tambahnya, lagu Angkat juga dihasilkan selepas melalui detik perpisahan dengan suami dan menjadikan pengalaman tersebut sebagai titik tolak kepada perspektif terhadap cinta dan kehidupan dengan cara berbeza.
"Sekarang ini saya rasa lebih suka bersendirian (seorang diri), barulah saya rasa hubungan saya dengan Tuhan lebih kuat.

Mimi akui kini lebih selesa hidup solo.
"Saya buat lagu Angkat selepas saya bercerai. Sebelum ini saya ada persepsi lain tentang pasangan, cinta dan teman hidup.
"Kawan-kawan rapat saya sendiri cakap bila dah breakup baru saya naik (kerjaya). Mereka kata saya perlu putus dalam hubungan dulu barulah saya bersemangat," katanya kepada mStar.
Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran lagu NARA yang diadakan di Rexperience, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Mimi mengakui masa bersendirian telah membuka ruang untuk dia lebih menghargai hubungan dengan orang sekeliling.
ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly mula ‘burn out’, akui letih bergelar artis
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kata seiras Rihanna, Mimi Fly tak tahu apa sama... Cuma harap dapat ikut jadi kaya
"Bila ada pasangan, saya tidak banyak masa seorang diri dengan Tuhan. Apabila kita seorang diri, tak tahu nak gambarkan perasaan itu tetapi saya rasa lebih dekat dengan Tuhan.
"Ilham tu mudah datang. Rasa sayang dari keluarga dan kawan-kawan pun makin terasa bila kita seorang diri.
"Boleh katakan rasa cinta dunia sesama manusia bila single. Sebab itu saya cakap tak rasa apa-apa bila tengok orang lain ada keluarga sendiri," ujarnya.
Kawan-kawan rapat saya sendiri cakap bila dah breakup baru saya naik (kerjaya).
MIMI FLY
PENYANYI
Mimi bagaimanapun menegaskan bahawa hidup solo bukanlah satu kekurangan atau situasi yang harus ditakuti oleh semua wanita.
Bukan hanya itu, kehidupan sendiri memberi ruang untuk lebih fokus kepada kerjaya.
"Sekarang ni saya tidak lagi mempunyai teman lelaki sejak setahun lalu. Kiranya dah setahun saya single. Kalau dulu rasanya 10 hari saja single, dah ada teman baru.
"Mesejnya disini, jangan takut untuk hidup single. Sebenarnya ada banyak benda kita boleh buat kalau kita single.
"Saya tak rasa jadi single itu satu kesalahan. Bagi saya, inilah masanya untuk ada kehidupan sendiri. Banyak perkara baik yang perlu saya syukuri," katanya.

Mimi muncul dengan lagu baharu berjudul Nara.
Untuk rekod, Mimi sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Mohd Firdaus Fajar pada 16 Mei 2015 namun mengumumkan penceraian tiga tahun selepas itu.
Dalam perkembangan lain, Mimi muncul dengan single baharu berjudul Nara yang diinspirasi daripada legenda Puteri Gunung Ledang.
Lagu ini menggabungkan elemen pop dan hip-hop dengan sentuhan muzik Nusantara yang menjadi identiti Mimi.
Nara kini boleh distrim di Spotify, Apple Music dan YouTube.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


