suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luqman Hafidz amalkan ‘pasang‘ niat yang betul, mahu karya jadi legasi

Luqman cenderung menghasilkan karya bergenre seram.

SEJAK bergelar pengarah, pelakon Luqman Hafidz tidak mahu mengehadkan dirinya kepada satu-satu genre, sebaliknya terbuka untuk meneroka pelbagai jenis karya.

Luqman, 33, berkata seseorang pembikin filem perlu memahami selok-belok industri dan tidak terlalu memilih dalam menentukan karya yang mahu dihasilkan.

Menurutnya, perkara paling penting adalah memastikan niat ketika menghasilkan sesebuah naskhah sentiasa baik kerana ia mampu mempengaruhi hasil akhir karya tersebut.

Luqman tetapkan niat dalam berkarya.

“Bagi saya, kita kena percaya rezeki dalam apa jua bidang. Memang kita kena faham hiruk-pikuknya dan kita perlu menerima perkara itu.

“Cuma bagi saya, kalau nak lahirkan satu naskhah yang baik, niat itu kena kuat. Bila niat kerana Tuhan, insya-Allah semua hasil akan jadi lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Luqman menganggap setiap peluang yang hadir dalam kerjayanya sebagai rezeki yang bukan hanya untuk dirinya, malah turut dikongsi bersama anak-anak dan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjinak-jinak jadi pengarah, Luqman Hafidz takkan berhenti berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri buka mulut punca cerai, netizen ‘report’ nampak Luqman Hafidz dengan wanita lain di Pulau Pinang

Justeru, dia mahu setiap naskhah yang dihasilkan menjadi satu bentuk legasi dan arkib yang boleh ditonton oleh anak-anaknya pada masa akan datang.

“Rezeki yang mengalir untuk saya ini pun bukan untuk saya seorang. Sudah tentu untuk anak-anak dan keluarga.

“Jadi saya anggap naskhah yang saya buat sebagai satu arkib atau library yang akan ditonton oleh anak saya nanti.

Saya rasa semuanya susunan rezeki.

LUQMAN HAFIDZ 

PELAKON

“Saya mahu cerita itu membawa makna yang baik kepada sesiapa yang menontonnya,” kongsinya.

Berkongsi mengenai prinsipnya dalam memilih dan menggarap sesebuah watak, Luqman percaya setiap perkara yang berlaku dalam kerjayanya sudah mempunyai aturan dan rezeki tersendiri.

Katanya, dia tidak mahu terlalu mempersoalkan watak yang diberikan kepadanya, termasuklah jika perlu melakonkan karakter yang jahat dan dibenci penonton.

Luqman mahu karya jadi tontonan anak-anak.

“Saya rasa semuanya susunan rezeki. Kalau sudah tanda tangan, dah tengok dan cuba buat, tiba-tiba watak itu jadi sangat jahat dan dibenci, mungkin itu memang aturan dia.

“Tetapi niat kita buat semua sebab rezeki. Saya faham kadang-kadang ada watak yang sangat jahat, tetapi saya percaya garapan pengarah itu sendiri akan membantu keseluruhan cerita.

“Jadi saya akan ikut garapan itu tanpa mempersoalkannya,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain