MULA berjinak-jinak sebagai pengarah, pelakon Luqman Hafidz rupanya sudah empat tahun terbabit dalam kerja belakang tabir menerusi sebuah karya siri mini enam episod sekitar tahun 2022.Luqman, 33, berkata peluang untuk mengarah hadir selepas mendapat dorongan daripada pengarah Nik Amir Mustapha yang juga dianggap sebagai rakan dan mentor dalam menghasilkan karya. “Bila dia buka peluang, saya tak lepaskan. Sebenarnya saya sudah mengarah selama empat tahun tetapi tidak terlalu ke depan kerana mahu menjaga sumber rezeki sebagai pelakon.“Tapi saya nampak inilah peluangnya. Bila cerita sudah keluar, kita pun tak boleh sorok lagi,” katanya kepada mStar.Luqman sudah mula mengarahkan dua karya.Menurut Luqman, selepas pandemik Covid-19, dia mula menyedari pengalaman sebagai pelakon boleh dimanfaatkan dengan lebih baik apabila turut terbabit dalam kerja belakang tabir.Katanya, sejak itu dia banyak menimba ilmu daripada pengarah berpengalaman seperti Nik Amir Mustapha, Ariff Zulkarnain dan Pali Yahya.“Saya belajar daripada mereka. Saya akan terus datang dan tunjukkan hasil kerja saya. Kalau ada silap, mereka akan tegur supaya saya tidak mengulangi kesilapan yang sama.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri buka mulut punca cerai, netizen ‘report’ nampak Luqman Hafidz dengan wanita lain di Pulau PinangARTIKEL BERKAITAN: Hampir 2 tahun bergelar duda, Luqman Hafidz belum fikir cari calon isteri“Sebab itu saya rasa proses belajar itu mempercepatkan langkah saya. Kuncinya adalah bertanya,” ujarnya.Biarpun sudah bergelar pengarah, Luqman mengakui dia tidak mahu menggunakan pendekatan terlalu keras ketika bekerja kerana memahami perasaan seorang pelakon.“Saya tak memilih jalan yang garang-garang sebab saya sendiri sudah lalui perasaan sebagai pelakon.“Bagi saya, lakonan hanya akan berkesan kalau kita bekerjasama dengan pelakon dan bukan berlawan dengan mereka. Memang ada liku-liku, tetapi kita kena tahu cara untuk mengendalikannya,” kongsinya. Kalau saya tinggalkan lakonan, saya rasa saya tidak akan jadi pengarah yang baik.LUQMAN HAFIDZPELAKON/PENGARAHDalam pada itu, Luqman berkata bidang lakonan masih menjadi keutamaan namun menganggap pengarahan sebagai satu bonus yang membolehkannya memahami industri dari sudut berbeza.Malah, dia turut merancang untuk menyelitkan dirinya sebagai pelakon dalam karya yang diarahkan kerana mahu melepaskan rasa rindu terhadap dunia lakonan.“Lakonan itu terapi saya. Kalau saya tinggalkan lakonan, saya rasa saya tidak akan jadi pengarah yang baik. Saya cuba teruskan kedua-duanya.Luqman banyak timba ilmu dari pengarah terkenal.“Bagi pengarah di luar sana, lakonan tetap keutamaan saya tetapi menjadi pengarah ini adalah bonus kerana saya dapat memahami lebih banyak perkara.“Sebenarnya ikut arahan orang lebih senang,” katanya berseloroh.Sekadar info, naskah sulung Luqman di kerusi pengarah adalah Astana yang ditayangkan di YouTube selain Keramat Gunung Jerai di Tonton Original.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!