PELAKON dan pengacara Raja Azura memilih untuk memaafkan segala kecaman netizen susulan kontroversi pengacaraannya yang dianggap keterlaluan ketika minggu pertama program Kilauan Emas Selebriti (KES).Raja Azura, 53, berkata dia sengaja mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu yang hangat diperkatakan di media sosial. “Saya tak berbunyi pun sebab paling penting dalam hidup saya adalah kerja. Buktikan kerja dahulu, baru kita boleh bercakap. Jangan bercakap dahulu, baru nak buat kerja.Raja Azura mahu balas kecaman netizen dengan hasil kerjanya.“Saya hanya boleh lawan dengan kerja saya,” katanya ketika ditemui selepas siaran langsung minggu ketiga KES di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada malam Sabtu.Bagaimanapun, Raja Azura mengakui membaca setiap kecaman yang dilemparkan netizen dan tersentuh apabila terdapat komen menyerang tahap pendidikan serta anak-anaknya.Namun, pelakon yang mesra disapa Kak Engku itu mengingatkan orang ramai supaya tidak cuba mengganggu periuk nasi orang lain.ARTIKEL BERKAITAN: Anak bersuara pertahan maruah, Raja Azura dihina pendidikan tahap SPMARTIKEL BERKAITAN: Raja Azura kebal kecaman, tak suka tengok komen netizen“Saya baca semuanya sampai termenung. Tapi saya fikir tak apalah. Saya hanya diam dan senyum sebab saya kena terima realiti bahawa media sosial adalah tempat orang meluahkan perasaan.“Cuma jangan letak pasir dalam periuk nasi saya sebab saya tak pernah buat begitu pada orang. Kalau kita letakkan pasir dalam periuk nasi orang, jangan lupa satu hari nanti periuk nasi kita juga mungkin orang letak pasir,” katanya.Tambah Raja Azura lagi, kontroversi berkenaan turut menyebabkan beberapa kisah lama membabitkan dirinya yang berlaku sekitar tujuh hingga lapan tahun lalu kembali diungkit. Saya bukan nak rampas tempat sesiapa.RAJA AZURAPELAKON/PENGACARAMalah, dia mendakwa ada kenalan yang disifatkan seolah-olah sengaja menambah bara terhadap isu tersebut.“Keluar balik kawan-kawan saya yang ada dendam apa pun saya pun tak tahulah."Saya dah lama tak keluar dan dah lama tak jadi pengacara. Tiba-tiba bila saya jadi pengacara, ramai pula yang rasa ‘nervous’.“Saya bukan nak rampas tempat sesiapa. Saya cuma keluar untuk Kilauan Emas sahaja. Ini pun lima tahun sekali. Lepas 11 tahun baru saya keluar,” katanya secara berseloroh.Keanu (kiri) dan Raja Azura masih lagi mencari keserasian dalam pengacraan.Dalam pada itu, Raja Azura meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi rakan-rakan dan individu dalam industri yang sentiasa memberikan sokongan ketika kontroversi tersebut tercetus.“Saya ada tiga orang anak yang perlu saya besarkan. Saya tak nak fikir semua itu. Itu asam garam dalam industri. Dulu mungkin kita panas baran, tetapi sekarang insya-Allah saya dah tak begitu,” jelasnya.Pada 22 Ogos lalu, gandingan Raja Azura dan Keanu Azman dikatakan kurang sesuai kerana disifatkan tidak seimbang sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka dilihat 'tenggelam'.Rata-rata netizen turut berpendapat Raja Azura seolah-olah mendominasi ketika mengendalikan program tersebut sehingga menyebabkan Keanu kurang menyerlah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube