suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak bersuara pertahan maruah, Raja Azura dihina pendidikan tahap SPM

Anak tak sanggup lihat Raja Azura dikecam.

ANAK kepada pengacara Raja Azura tampil mempertahankan ibunya selepas teruk dikecam netizen susulan isu pengacaraan dalam program realiti, Kilauan Emas Selebriti (KES).

Puteri Mia Maizura, 21, tidak dapat menerima apabila ibunya diperlekehkan hanya kerana memiliki tahap pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Puteri Mia, walaupun ibunya tidak berpendidikan tinggi namun Raja Azura berjaya mendidik dia dan abang-abangnya sehingga menjadi insan berpendidikan.

Anak Raja Azura tampil membela ibunya.

“Saya faham mama saya berpendidikan sampai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja, tapi mama saya berjaya didik saya dan abang-abang menjadi manusia dan berpendidikan tinggi.

“Tanpa dia, saya tidak akan berada di sini. Cukup sekadar teguran, saya dan mama boleh terima. Tapi jangan ‘downgrade' mama saya macam itu,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Menerusi hantaran tersebut dia turut memuat naik beberapa tangkap layar seorang pengguna yang memperlekehkan Raja Azura.

ARTIKEL BERKAITAN: Gandingan ‘KES‘ makin teruk dikecam, Keanu Azman rayu netizen jangan persenda Raja Azura

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan salah Kak Engku” - Keanu Azman akui banyak kelemahan, pertama kali mengacara program besar

Dalam pada itu, Puteri Mia turut memohon maaf kepada pihak yang terkesan dengan apa yang berlaku selain berharap orang ramai terus memberikan sokongan kepada ibunya.

“Saya mohon maaf kepada mereka semua. Mama maklum dengan apa yang terjadi dan kami akan cuba berikan yang terbaik minggu depan. Doakan mama saya dan Keanu, okay?” ujarnya.

Sebelum ini, seorang pengguna Thread menyarankan Keanu Azman meninggalkan KES yang dianggap sebagai sarkas sekali gus menyifatkan rakan gandingannya iaitu Raja Azura tidak berpendidikan.

Pada malam Ahad lalu, gandingan Keanu dan Raja Azura dikatakan kurang sesuai kerana disifatkan tidak seimbang sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka dilihat 'tenggelam'.

Malah, segelintir netizen turut beranggapan Raja Azura seolah-olah lebih mendominasi ketika mengendalikan program itu sehingga Keanu dilihat kurang mendapat ruang untuk menyerlah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain