KUMPULAN Floor 88 tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat pengurusan acara yang masih belum melakukan bayaran penuh selepas penglibatan mereka membuat persembahan.Menurut vokalisnya, Ayie, wakil pengurusan masih menanti pihak berkenaan membuat bayaran selepas satu kenyataan tuntutan dibuat menerusi hantaran di media sosial pada Isnin. "Hari ini (Selasa) kami akan semak semula sebab pihak mereka kata mahu buat bayaran. Jika masih belum buat bayaran, kami akan buat langkah seterusnya iaitu laporan polis," katanya ketika dihubungi mStar.Ayie memberitahu pihak pengurusan masih menunggu baki bayaran. Pada petang Isnin, pengurusan kumpulan itu membuat satu kenyataan menuntut pihak terlibat agar segera melunaskan baki bayaran bagi penglibatan Floor 88 dalam dua acara festival makanan pada Julai lalu di Johor. Bagaimanapun, hantaran tersebut kemudian diturunkan susulan banyak pihak tidak dikenali menghubungi wakil pengurusan."Tiba-tiba sahaja ramai yang mesej pengurus kami selepas hantaran tersebut dimuat naik. Jadi, kami ambil tindakan untuk 'hide' semula kenyataan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak boleh cakap ya dan tidak“ - Ayie Floor 88 serah teka-teki identiti Tuan Nicky K.O.I pada netizen ARTIKEL BERKAITAN: Floor 88 tidak pernah tolak 'show' kerajaan, hanya elak tawaran sensitif"Kami juga memikirkan tentang keselamatan pengurus selepas nombor yang tidak dikenali menghantar mesej," kongsinya.Bercakap lanjut, Ayie juga memberitahu pihaknya sudah berkali-kali berhubung dengan syarikat berkenaan, namun pelbagai alasan diberikan apabila ditanya tentang bayaran.Justeru, kenyataan di media sosial sebelum ini juga merupakan satu tindakan tegas Floor 88 dalam menuntut hak mereka.Floor 88 bertegas dalam menuntut hak mereka. "Kalau ikutkan, hampir setiap hari pengurus kami berhubung dengan mereka, ada sahaja alasan diberikan. Kami pun rasa pelik, seolah-olah pihak itu seperti nak lari daripada membuat bayaran."Apabila dah banyak kali beri muka, tiba masanya kami ambil tindakan tegas. Sebab itu kami keluarkan kenyataan di media sosial," ujarnya.Ayie bagaimanapun lebih selesa untuk tidak berkongsi jumlah keseluruhan bayaran tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube