suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizie Izette panik di KLCC, anak hilang lima minit...“Saya pun cuai“

Detik kehilangan anak jadi pengajaran buat Zizie untuk lebih berhati-hati.

PELAKON Datin Seri Zizie Izette berkongsi detik cemas apabila berdepan situasi anaknya tiba-tiba hilang dari pandangan ketika mereka berada di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. 

Menceritakan pengalaman itu, Zizie, 47, memberitahu dia menyedari salah seorang anaknya tiada bersama ketika sedang melakukan urusan di sebuah bank. 

"Hari ini saya tidak bawa pembantu, kononnya nak luangkan masa hanya ibu dan anak-anak. Sekali sampai di bank, tengah dekat kaunter, Adam datang panik beritahu 'Aaleph hilang!'. 

Zizie berkongsi pengalaman di Threads. 

"Terus tinggalkan kad pengenalan dan buku bank dengan pegawai (bank) dan lari keluar mencari Aaleph," katanya dalam satu hantaran di Threads. 

Aeleph kemudian ditemukan dalam masa lima minat selepas pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut menghubungi Zizie mengenai kehilangan seoang kanak-kanak. 

Dipercayai anaknya itu sendiri yang memaklumkan maklumat tentang Zizie untuk dihubungi. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang buat macam-macam pun dia tetap maafkan“ - Zizie Izette terkenang arwah Bung Moktar selepas dengar kisah Rasulullah 

ARTIKEL BERKAITAN: Zizie Izette lega, mahu teruskan kehidupan demi lima anak

"Nasib baik saya memang selalu ajar anak-anak ingat nombor telefon untuk kecemasan," ujarnya. 

Mengakui kesilapan sendiri, Zizie dalam masa sama melihat pengalaman itu sebagai satu pengajaran untuk lebih berhati-hati apabila membawa anak-anak keluar bersama. 

Malah dia sempat berseloroh waktu meluangkan masa bersama anak-anak bertukar menjadi detik cemas. 

"Saya pun cuai. Jalan terlalu laju sampai tak sempat pandang ke belakang.

Zizie meluangkan masa bersama anak-anaknya. 

"Pengajaran hari ini, kalau keluar dengan lima orang anak, jangan anggap semuanya masih ada bersama kita. Sentiasa kira 1, 2, 3, 4, 5. Ulang setiap lima minit.

"Ingatkan nak luang waktu bersama, sekali dapat serangan panik," luahnya. 

Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 2009 sebagai isteri kedua dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata serta turut membesarkan dua orang anak angkat. 

Bung Moktar yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan sebelum ini meninggal dunia pada 5 Disember tahun lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain