suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kael selamat peluk Islam, mahu dalami agama dulu sebelum kahwini teman wanita

Kael syukur akhirnya memeluk Islam.

PENYANYI dan pelakon Kael berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sudah memeluk agama Islam selepas melalui prosedur pendaftaran di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Khabar itu dikongsikan sendiri Kael atau Michael Lean Chien, 37, menerusi hantaran video di Threads miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Kael dilihat melafazkan dua kalimah syahadah sambil ditemani teman wanitanya iaitu Engku Sulwani dan beberapa orang rakan terdekat.

Kael bersama kekasihnya Engku Sulwani.

"Alhamdulillah," katanya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada penghijrahan yang dilakukan Kael.

Malah mereka mendoakan agar urusan penyanyi lagu Angkasa itu dipermudahkan.

"Alhamdulillah, selamat datang saudara baru. Semoga dipermudahkan segala urusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidur dekat hentian bas, ditinggal bapa seorang diri… kisah silam Kael bagai drama

ARTIKEL BERKAITAN: Video berpelukan dengan model tular, Kael sahkan bercinta dengan Engku Sulwani… “Saya ada niat untuk menikahi dia”

"Moga Allah pelihara dirimu, tetapkan imanmu dan rahmati setiap perjalanan dirimu dalam menggapai syurgaNya yang menjadi impian semua," antara komen netizen.

Pada Ogos 2025, Kael mendedahkan dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Engku Sulwani selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.

Malah menerusi temubual bersama media, Kael pernah mendedahkan dirinya sedang mendalami agama Islam sebelum membuat keputusan untuk menikahi kekasihnya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain