KEJAYAAN dalam dunia seni yang kian bersinar kini tidak datang dengan cara mudah buat penyanyi dan pelakon Kael.
Di usia kecilnya dia menyimpan seribu cerita yang cukup meruntun jiwa.
Kael atau nama sebenarnya Michael Lean Chien Er Er mendedahkan bahawa dia dibesarkan di pusat perlindungan Yayasan Sunbeams Home, Kuala Lumpur sejak berusia sembilan tahun.

Keal jarang berkongsi kisah hidup.
Kehidupan mula berubah selepas ibunya mengalami masalah kesihatan mental yang menyebabkan mereka terpisah, dan dia kemudian dijaga oleh bapanya.
"Awalnya saya dibiarkan tidur di hentian bas di Petaling Street seorang diri sebelum ayah datang semula dua minggu kemudian bersama ibu tiri saya.
"Saya tak tahu apa-apa mungkin dia sedang cari kerja dan mempunyai masalah kewangan ketika itu," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Video berpelukan dengan model tular, Kael sahkan bercinta dengan Engku Sulwani… “Saya ada niat untuk menikahi dia”
ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz dan teman lelaki selamba bercium di khalayak ramai... “Dia Islam kan?”
Kata Keal, kisah hidupnya bagaikan sebuah drama apabila dia akhirnya ditinggalkan sendirian oleh bapanya di sebuah motel.
Malah ketika itu dia terpaksa mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk terus hidup selain merayau di kawasan berkenaan seorang diri.
"Kami selalu bertukar motel dan beberapa bulan akan dihalau orang. Tak silap selepas dua atau tiga motel kami duduk dia keluar dan tak pulang, saya ditinggalkan seorang diri.
"Kemudian pemilik motel itu halau dan saya menumpang tidur bersama pekerjanya di atas kotak dan tilam nipis. Saya juga merayap seorang diri selama setahun," ujarnya.
Kalau tiada dia saya tak akan pergi ke rumah anak yatim.
KAEL
PENYANYI/PELAKON
Keperitan hidupnya mula berubah apabila dia ditemukan dengan seorang wanita yang prihatin dan membawa sinar baru dalam hidupnya.
Jelasnya, dia sangat terhutang budi dengan wanita berkenaan yang menyelamatkannya dari terus hidup di jalanan.
Namun begitu, selepas setahun bersama keluarga angkat, mereka berdepan masalah kewangan membuatkan Kael dihantar ke rumah anak yatim dan menetap di pusat pelindungan itu sehingga berusia 17 tahun.
"Wanita itu selalu makan di bawah kedai motel saya, dia bawa saya bertemu rakan dia dan selamatkan hidup saya.

Hidup Kael kini penuh dengan cita-cita.
"Sebab rakannya bawa saya balik rumah, dan sampai hari ini saya sangat berterima kasih kepada dia kalau tiada dia saya tak akan pergi ke rumah anak yatim dan hidup di jalanan," kongsinya.
Meskipun pernah melalui fasa kehidupan yang sukar, Kael tidak melihatnya sebagai halangan untuk mengejar impian dan membina masa depan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


