PELAKON Datin Seri Zizie Izette terkenang sikap Allahyarham suaminya, bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang disifatkan sebagai seorang yang tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa.Zizie atau Zizie Izette Abdul Samad, 47, berkata Allahyarham suaminya juga tidak pernah mengambil hati dengan apa yang diperkatakan orang terhadap dirinya. Kata Zizie, Allahyarham tetap memilih untuk berbuat baik dan memaafkan mereka yang pernah melakukan perkara buruk terhadapnya."Dia (suami) tidak pernah simpan dendam atau ambil hati dengan apa orang kata tentang dia. Zizie (kiri) mendedahkan sikap sebenar arwah suami."Malah dengan orang yang pernah buat macam-macam dekat dia pun, dia tetap berbaik dan memaafkan. "Kalau orang itu perlukan pertolongan, dia tetap tolong... Entah kenapa semalam (Ahad), cerita itu betul-betul buat saya tersentuh hati dan teringat arwah dan sisi dirinya yang mungkin ramai orang tak sempat kenal," katanya. Zizie berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Zizie Izette dibebaskan daripada tuduhan subahat bantu arwah suami kes rasuah RM2.8 jutaARTIKEL BERKAITAN: Zizie Izette lega, mahu teruskan kehidupan demi lima anakDalam pada itu, Zizie memberitahu dia teringat kepada Allahyarham ketika menghadiri sebuah program agama apabila penceramah berkongsi kisah mengenai sifat Rasulullah yang tetap sabar dan memilih untuk memaafkan walaupun dihina serta dicaci."Teringat arwah suami. Sudah tentu memang tak bolehlah nak bandingkan dengan Rasulullah tapi begitulah sifat arwah yang mungkin ramai orang tak tahu," ujarnya. Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009 sebagai isteri kedua. Zizie mengenangkan sikap suami yang tidak pernah diketahui ramai.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata serta turut membesarkan dua anak angkat. Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube