suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak hidup ‘merempat‘, lima bulan tak bersekolah... Syida Melvin dakwa bekas suami enggan keluar rumah

Syida lantang bersuara menuntut haknya.

PELAKON dan usahawan Syida Melvin sekali lagi berkongsi secara terbuka kemelut yang dipercayai berlaku melibatkan dirinya dan bekas suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen.

Tanpa menyebut sebarang nama, Syida atau Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 30, memberitahu dia terpaksa berdepan dengan individu yang didakwa bersikap narsisistik.

"Rupanya dah dicanang sampai ke balai polis yang kita aniaya dia selama ini. Jadi, orang nampak kita ini yang jahat.

Perkongsian Syida di Threads. 

"Dasar narsisistik si manipulatif. Sikit-sikit mahu libatkan polis dalam semua hal," katanya dalam satu hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, Syida turut memberitahu bekas suaminya masih enggan keluar dari rumah kelamin mereka.

Malah, dia juga mendakwa terpaksa menjelaskan bayaran tunggakan bulanan meskipun tidak lagi tinggal di rumah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syida Melvin, suami sah cerai talak satu 

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin balik kampung selepas sah cerai, usaha cari kediaman selesa buat anak-anak

"Saya keluar dari rumah itu sebab tekanan mental duduk situ lama-lama. Sejak fail cerai, saya keluar sebab dia tak nak keluar.

"Bila dah cerai, saya minta dia keluar pada 30 Ogos ini. Beri ruang saya dan anak-anak duduk di situ sementara semua tuntutan selesai. Dia tetap tak nak keluar dan tak habis-habis suruh saya dapatkan perintah mahkamah.

"Dia duduk seorang di rumah itu sepanjang kes cerai berjalan, sengaja tak bayar sebab nak susahkan saya. Tiga bulan tertunggak, akhirnya saya yang bayar RM20,000 lebih semata-mata untuk dia duduk seorang," luahnya.

Syida dan Syafiq Azim saha cerai talak satu pada 12 Ogos. 

Lebih teruk lagi, Syida juga mendakwa anak-anaknya tidak bersekolah kerana terpaksa berpindah-randah.

"Anak-anak tak sekolah dah hampir lima bulan sebab kena merempat merata-rata, langsung dia tak fikir," kongsinya.

Untuk rekod, Syida dan Syafiq Azim, 37, sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1 tahun. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain