SELEPAS sah bercerai talak satu, pelakon dan usahawan Syida Melvin membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman bersama tiga anaknya.Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, berkata dia seronok melihat anak-anaknya gembira sepanjang berada di kampung. “12 Ogos hari itu selepas selesai sahaja kes mahkamah pada waktu pagi, petang terus sampai di kampung.Luahan hati Syida selepas bercerai.“Anak-anak nampak bahagia. Pulanglah kita ke kampung ibu ya anak-anak,” katanya menerusi hantaran di Threads.Hantaran tersebut turut memaparkan rakaman video yang memperlihatkan tiga anaknya sedang beriadah di hadapan rumah.Dalam pada itu, Syida berkata dia kini sedang berusaha menyediakan kediaman yang selesa buat anak-anaknya di Shah Alam, Selangor.ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin anggap perceraian hadiah hari lahir, tiada dendam pada bekas suamiARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin anggap perceraian hadiah hari lahir, tiada dendam pada bekas suami“Ibu tengah usahakan untuk tempat kita berlindung dekat Shah Alam.“Semoga ada rezeki anak-anak saya merasa dapat duduk di rumah sendiri semula macam dulu,” ujarnya.Sebelum ini, Syida mendedahkan dia bersama tiga anaknya terpaksa pulang ke kampung selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal di kediaman kelamin mereka di Shah Alam.Syida bahagia bersama tiga anaknya.Syida turut memaklumkan dia dan suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, sudah lima bulan tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.Pada 12 Ogos lalu, Syida dan Syafiq sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!