suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PTVM saran ‘sistem perlindungan‘ jaga kebajikan penggiat seni veteran

Jurey harap anak seni terima bantuan bukan semasa susah.

PRESIDEN Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) iaitu Datuk Jurey Latiff Rosli berharap kebajikan penggiat seni diberi perhatian lebih serius menerusi satu sistem perlindungan yang mampu menjamin masa depan mereka.

Jurey, 60, berkata jaringan perlindungan amat penting bagi memastikan penggiat seni tidak terpinggir apabila mereka sudah tidak lagi berupaya untuk bekerja.

"Antara perkara yang wajar diberikan perhatian serius ialah mekanisme persaraan atau tabung masa hadapan anak seni, perlindungan kesihatan, perumahan, keselamatan sosial serta jaringan perlindungan apabila seseorang penggiat seni sudah tidak lagi mampu bekerja.

Jurey bimbang dengan masa depan anak seni.

"Kita tidak seharusnya menunggu sehingga seorang anakseni jatuh sakit, hilang pendapatan atau hidup dalam kesusahan sebelum bantuan digerakkan serta-merta.

"Kebajikan tidak boleh terus bergantung kepada simpati. Ia perlu dibina melalui sebuah sistem," katanya dalam satu kenyataan media.

Cadangan tersebut turut terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Sulit Kanan bersempena perasmian Menara Finas pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi survival dan ekosistem lebih baik, Jurey Latiff cadang wujud ‘Rumah Seni’... Seru artis tampil bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: Tewas PRU15… Jurey Latiff kembali duduk kerusi pengarah, Eizlan Yusof simpan kenangan jumpa pengundi

Menurut Jurey, pihak kerajaan diharap meneliti realiti perniagaan yang sedang dihadapi syarikat penerbitan, khususnya dalam industri televisyen.

Jelasnya, peningkatan kos penerbitan, peluang yang semakin mencabar serta perubahan pantas dalam model perniagaan memberi kesan kepada kelangsungan industri.

“Tanpa syarikat penerbitan yang mampan, peluang pekerjaan kepada pelakon, pengarah, penulis, kru produksi dan ribuan tenaga kreatif turut terjejas.

“Justeru, pembaharuan industri tidak boleh hanya melihat kandungan dan kebebasan berkarya tapi perlu melihat keseluruhan rantaian ekonomi industri daripada syarikat yang mencipta pekerjaan sehingga kepada kebajikan manusia yang bekerja di dalamnya,” ujarnya.

Ukuran kejayaan sebenar bukanlah pada kemegahan bangunan semata-mata.

DATUK JUREY LATIFF ROSLI

PRESIDEN PERSATUAN TELEVISYEN MALAYSIA (PTVM)

Dalam masa sama, Jurey berharap perasmian Menara Finas menjadi simbol bermulanya era baharu industri kreatif Malaysia, bukan sahaja dari aspek infrastruktur tetapi turut merangkumi pembaharuan sistem.

Menurutnya, kerjayaan industri tidak seharusnya diukur berdasarkan kemegahan bangunan semata-mata, sebaliknya menerusi kesejahteraan individu yang menjadi penggerak sektor kreatif.

“Kita bangga mempunyai sebuah menara baharu. Namun ukuran kejayaan sebenar bukanlah pada kemegahan bangunan semata-mata.

Jurey percaya sistem perlindungan mampu menjamin masa depan anak seni.

“Ukuran kejayaan sebenar ialah apabila manusia yang membangunkan industri ini mempunyai pekerjaan, pendapatan, perlindungan dan masa depan yang lebih terjamin,” kongsinya.

Malah dia percaya Perdana Menteri mempunyai peluang dan keupayaan untuk memimpin perubahan tersebut.

“Penegasan Perdana Menteri bahawa nasib seniman yang menjadi mangsa sistem tidak adil tidak seharusnya berulang memberi harapan bahawa agenda kebajikan anak seni boleh diangkat ke tahap yang lebih serius,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain