suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tak boleh cakap ya dan tidak“ - Ayie Floor 88 serah teka-teki identiti Tuan Nicky K.O.I pada netizen

Tuan Nicky tak akan dedahkan wajahnya.

SELEPAS dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) menerusi lagu Tiwikarma, identiti di sebalik topeng anggota kumpulan K.O.I mula menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Malah, nama vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Ilham, turut dikaitkan sebagai salah seorang anggota K.O.I yang menggunakan nama Tuan Nicky.

Menjawab spekulasi berkenaan, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 28, tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada netizen untuk membuat andaian sendiri.

Ayie pilih rahsiakan identiti Tuan Nicky.

“Alhamdulillah. Sebenarnya sebelum ini memang ramai yang bertanya sama ada itu saya, Ayie Floor 88 atau bukan?

“Saya tak boleh cakap ya dan saya tak boleh cakap tidak. Tetapi kalau mereka rasa itu saya, terpulang,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Ayie berkata identiti anggota K.O.I yang lain seperti Achoi, Khaza Raflex, Mya Nana dan Sapik Sam juga kekal menjadi rahsia.

“Untuk muka-muka lain, saya tiada komen kerana saya dapat rasakan mereka pun tidak akan dedahkan identiti sendiri disebabkan ada tugas hakiki yang perlu dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: K.O.I tak fikir nak menang AJL40, gigih potong 200,000 cebisan kertas bertulis mesej untuk penonton

ARTIKEL BERKAITAN: K.O.I juara AJL40, Marsha Milan menang vokal terbaik

“Mungkin akan ada sedikit masalah kalau identiti didedahkan,” kongsinya.

Walaupun identiti sebenar sudah menjadi sebutan, namun dia tidak mempunyai hasrat untuk membuka topeng dan mendedahkan siapa disebalik K.O.I kerana perkara itu sudah menjadi sebahagian daripada imej kumpulan berkenaan.

“Tak ada perancangan buka topeng. Untuk K.O.I memang saya takkan buka topeng. K.O.I sendiri takkan buka topeng dan itu adalah identiti K.O.I sampai bila-bila.

“Kalau Floor 88, tetap Floor 88. K.O.I adalah K.O.I. Tapi kami berada dalam satu rumah yang sama dan satu pasukan yang sama,” ujarnya.

K.O.I pemenang AJL40.

Mengulas mengenai nama Tuan Nicky pula, Ayie mengakui nama tersebut memang digunakan untuk wataknya bersama K.O.I, berbeza dengan identitinya sebagai Ayie dalam Floor 88.

“Untuk K.O.I memang saya letak nama saya Tuan Nicky. Kalau Floor 88, macam biasalah Ayie.

“Boleh dikatakan macam itulah. Saya tak kata ya untuk Tuan Nicky, saya tak kata tidak Ayie.

“Saya lebih selesa macam itu. Biar orang sendiri yang meletakkan siapa di sebalik topeng itu,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain