PENYANYI Datuk Nora Ariffin berharap pengagihan bantuan Dana Kandungan Kreatif (DKK) bagi sektor muzik dapat dilaksanakan secara lebih seimbang bagi tahun ini.Nora atau nama sebenarnya Wan Norafiza Wan Ariffin, 53, berpendapat, penyaluran dana tersebut tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada penggiat seni yang sudah selesa atau nama-nama besar yang kukuh. Malah, ia sebaliknya perlu membuka ruang kepada bakat-bakat baharu yang memerlukan sokongan.Nora harap bakat baru turut mendapat peluang sama. “Dana untuk muzik sudah diumumkan dan ini merupakan satu peluang yang baik. Cuma harapnya tahun ini agihannya lebih seimbang.“Bukan hanya tertumpu pada yang sudah selesa dan kukuh, tetapi juga dibuka ruang untuk bakat baharu yang sedang mencari peluang untuk berkembang,” katanya menerusi hantaran Threads pada Ahad. Menurut pelantun lagu Hanya Satu ini, pemberian peluang secara adil dan saksama kepada semua lapisan penggiat muzik amat penting demi masa depan industri. ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin fikir lima tahun sebelum pembedahan bariatrikARTIKEL BERKAITAN: [V] Orang ketiga rupanya bukan isteri pertama… Nora Ariffin sedia tarik kes cerai tapi bersyaratJelas Nora, industri tempatan mampu melangkah lebih jauh sekiranya setiap bakat sama ada veteran mahupun pendatang baharu diberi ruang serta sokongan untuk terus berkarya.“Bila semua diberi peluang, barulah industri ini dapat bergerak ke hadapan bersama,” katanya.Sebelum ini, Kementerian Komunikasi melalui satu siaran media memaklumkan pihaknya menerusi MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCreative) menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta bagi merancakkan pembangunan industri muzik tempatan. Nora anggap semua lapisan penggiat muzik amat penting demi masa depan industri. Sejak diperkenalkan pada 2023, DKK Industri Muzik merupakan program geran yang dinantikan oleh para penggiat industri kreatif tempatan sebagai program ekonomi kreatif strategik yang dapat memacu ekosistem muzik tempatan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Dalam tempoh tiga tahun pelaksanaan, program itu telah memberikan sokongan menerusi peruntukan lebih RM 45 juta kepada 11,400 penggiat muzik tanah air.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!