PENYANYI Datuk Nora Ariffin mengambil masa kira-kira lima tahun sebelum membuat keputusan menjalani pembedahan bariatrik demi kesihatan.Menurut Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 54, keputusan itu ternyata memberi perubahan positif apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23 kilogram. "Dulu nak buat apa-apa pun agak berat. Orang nampak saya tak besar, tapi sebenarnya berat badan itu memberi kesan.Nora sebelum (kiri) dan selepas jalani pembedahan bariatrik."Selain itu, bacaan darah dan keputusan ujian kesihatan saya pun ada yang kurang baik disebabkan faktor usia. Sekarang Alhamdulillah, kesihatan semakin baik, indeks jisim badan (BMI) pun dah cantik."Saya juga lebih mudah bergerak dan dapat beribadah dengan lebih selesa berbanding sebelum ini," katanya kepada mStar.Sebelum menjalani pembedahan, Nora berkata dia pernah menggunakan suntikan penurunan berat badan selama hampir lapan bulan, seperti yang dilakukan ramai selebriti lain dalam menjaga penampilan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Orang ketiga rupanya bukan isteri pertama… Nora Ariffin sedia tarik kes cerai tapi bersyaratARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin tarik permohonan cerai, tetapkan syarat tiada gangguan pihak ketigaBagaimanapun dia berpendapat suntikan penurunan berat badan itu tidak sesuai buat dirinya terutama untuk jangka masa panjang."Memang ramai artis ambil suntikan untuk kurus sebab penampilan juga sebahagian daripada pemasaran dalam kerjaya kami. Saya pun ambil suntikan hampir lapan bulan."Tapi saya jenis yang suka membuat kajian. Bila saya tahu suntikan ini ada kelebihan dan kekurangannya ia juga tidak mengurangkan penyakit yang saya alami. Alhamdulillah, hasilnya memang sangat baik.DATUK NORA ARIFFINPENYANYI"Sebab itu saya ambil masa lima tahun untuk berfikir, buat kajian, bertanya kepada doktor dan pakar sebelum akhirnya membuat keputusan menjalani pembedahan bariatrik," ujarnya.Dalam pada itu, Nora berharap orang ramai tidak melihat pembedahan bariatrik sebagai jalan mudah untuk menurunkan berat badan semata-mata.Sebaliknya, dia berpendapat, prosedur itu memerlukan komitmen tinggi kerana pesakit perlu mengubah gaya hidup secara menyeluruh selepas menjalani pembedahan.Nora cari ilmu dahulu sebelum lakukan pembedahan bariatrik."Ia bukan semata-mata untuk cantik atau kurus. Kalau itu persepsi orang, memang salah."Selepas menjalani pembedahan, kita tak boleh makan seperti biasa lagi. Tetapi jika ada penyakit berkaitan obesiti, banyak yang akan berkurangan."Bagi saya, Alhamdulillah, hasilnya memang sangat baik," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!