suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak mungkin Hang Tuah pakai rambut palsu“ - Aqasha simpan rambut panjang, bina otot demi PGL

Aqasha lakukan persediaan rapi untuk watak Hang Tuah.

PELAKON Aqasha sanggup mengetepikan beberapa tawaran lakonan untuk fokus sepenuhnya terhadap persediaan menjayakan watak Hang Tuah dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL).

Aqasha atau Firdee Akassya Rosli, 44, berkata komitmen terhadap watak berkenaan menuntutnya menjalani pelbagai latihan termasuk meningkatkan stamina, membina otot badan serta latihan pernafasan dan vokal.

“Memang sejak masuk Ogos hingga November ini saya terpaksa fokus kepada Hang Tuah sahaja sebab banyak tuntutan yang perlu dibuat.

Aqasha sudah sedia jayakan watak Hang Tuah.

“Jadi saya tidak boleh jalani penggambaran seperti biasa. Memang terpaksa korbankan yang lain untuk beri laluan kepada Hang Tuah ini.

“Watak Hang Tuah ini agak mencabar, jadi memang terpaksa tolak tawaran lain,” katanya kepada mStar.

Menurut Aqasha, latihan membina otot dilakukan atas inisiatif sendiri selepas mengetahui keperluan fizikal untuk menjayakan watak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Busana PGL cetus kritikan, Aisha Retno terima teguran netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Aqasha sebagai Hang Tuah, lengkapkan senarai pelakon utama PGL

Katanya, dia perlu memastikan penampilan yang dibawa bersesuaian dengan karakter selain memberikan representasi terbaik sebagai seorang pendekar.

“Latihan angkat berat itu memang inisiatif sendiri sebab kita sudah tahu apa tuntutan watak dan bentuk penampilan yang diperlukan mungkin dengan pakaian tanpa lengan itu nampak sedikit otot.

“Jadi untuk Hang Tuah, yang penting sebenarnya badan yang ramping dan berotot supaya nampak gaya seorang pendekar.

Kali ini apabila sudah berusia, mungkin ia jadi lebih pelbagai dimensi.

AQASHA 

PELAKON

"Saya juga lebih memilih untuk rambut panjang sebab tak mungkin Hang Tuah pakai rambut palsu,” jelasnya.

Dia yang pernah menjayakan watak Hang Tuah kira-kira 20 tahun lalu, berkata pengalaman kali ini memberi peluang kepadanya meneroka karakter tersebut dengan lebih mendalam berdasarkan kematangan usia.

"Persediaan itu saya sudah buat lama. Jadi bila meningkat umur ini, ia lebih kepada memahami karakter dengan lebih mendalam dari segi dinamika dan psikologi dia.

"Dulu ketika saya berusia 20-an, saya melihat watak itu daripada satu sudut dan dimensi. Kali ini apabila sudah berusia, mungkin ia jadi lebih pelbagai dimensi.

Barisan pelakon PGL bersama Datuk Aznil Nawawi.

"Dalam hikayat ini pun saya rasa Hang Tuah memang sesuai dengan usia saya kerana wataknya dalam lingkungan 40-an mungkin kali lebih serius berbanding 20 tahun lalu,” kongsinya.

Selain Aqasha, teater muzikal PGL turut dibintangi Aisha Retno (Gusti Putri), Mila Mohsin (Gusti Putri), Mimi Fly (Bayan), Nadia Aqilah (Bayan) dan Luqman Hafidz (Sultan Melaka).

Pementasan teater muzikal PGL akan berlangsung pada 31 Oktober sehingga 15 November ini bertempat di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain