suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambil tawaran tanpa fikir panjang, Zizan Razak bangga terlibat filem biografi wira permotoran... “Daripada kecil tengok dia“

Zizan mengambil filem tersebut sebagai penghormatan besar buat wira sukan rali negara.

PELAKON dan pelawak Zizan Razak mengakui terkilan pada awalnya apabila tidak diberikan watak utama sebagai pelumba dalam filem biografi sukan permotoran terbaharu, Terbang.

Namun begitu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 42, berkata perasaan itu hilang selepas membaca skrip penuh dan menyedari naskhah berkenaan bukan mengenai dirinya, sebaliknya penghormatan besar buat wira sukan rali negara, Karamjit Singh.

Zizan menjelaskan dia menerima tawaran berkenaan tanpa berfikir panjang kerana minat mendalam terhadap genre tersebut.

Zizan mengaku sedih tidak memainkan watak utama dalam filem itu. 

“Saya asalnya ambil filem ini disebabkan Karamjit Singh. Kalau ikutkan watak saya bukan utama, tetapi ini antara filem yang saya terima walaupun sekadar watak pembantu.

“Saya sebenarnya ada sedikit terkilan bila jadi pembantu. Bila ditawarkan filem genre perlumbaan saya terus terima, dan selepas itu baru tahu saya bukan pelumba sebaliknya mekanik.

“Tetapi saya fikir balik, filem ini bukan fasal saya, filem ini fasal Karamjit Singh. Bila baca skrip, saya tiada sebab untuk tolak kerana Karamjit adalah wira saya,” katanya kepada mStar di malam gala filem Terbang pada Isnin. 

Bercakap mengenai rasa kagum terhadap tokoh sukan itu, Zizan menyifatkan reputasi Karamjit bukan sahaja gah di tanah air, malah diiktiraf di persada antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Renyah sebenarnya“ - Zizan Razak akui rimas bermisai, stres tak boleh memandu

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak lebih waspada, pelajari budaya orang Borneo...“Gurauan saya buat di Semenanjung mungkin menjadi isu di sana“

“Saya daripada kecil tengok dia. Dia pernah datang Terengganu buat aksi ngeri dan menaikkan nama Malaysia. Pada era 2000 namanya tengah megah dan saya tahu dia wira negara.

“Bila di litar lumba beberapa kali saya jumpa dia, saya segan dan hormat. Saya meletakkan dia setaraf Valentino Rossi dan Michael Schumacher.

“Masa saya jalani penggambaran di Australia dulu pun, kru dan pasukan pelumba di sana kenal dan tahu mengenai Karamjit Singh,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zizan berjanji untuk memberikan kesan melalui wataknya biarpun sekadar memegang peranan sampingan.

Zizan harap filem Terbang dapat diterima ramai. 

“Saya terima cerita ini sebab ia akan menjadi sebuah biografi buat Malaysia. Saya sudah tonton filem Rush dan Ford v Ferrari, itu semua karya mengenai legenda berasaskan fakta dan Malaysia sebelum ini belum ada.

“Jadi biar watak saya bukan utama atau tak banyak babak sekalipun, janji saya antara orang yang menyumbang kepada kejayaan filem ini,” ujarnya.

Filem arahan Chiu Keng Guan ini mengangkat kisah inspirasi dan kecekalan pasukan rali Malaysia di bawah pimpinan Karamjit Singh dalam membuktikan semangat perpaduan mampu meruntuhkan segala kemustahilan.

Ia turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Irfan Zaini, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Luqman Hafidz, Qasrina Karim, Michael Helfman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Ruminah Sidek.

Terbang menemui penonton di pawagam bermula 17 September ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain