PENYANYI Iman Troye terus melakar kejayaan tersendiri apabila tampil dengan karya segar berkonsepkan pop etnik menerusi lagu terbaharu berjudul Jung Jung Inai bersama rakan duet, Asslahierah.Lagu ciptaan Amirul Azhar, Amir Firdaus dan juga Iman sendiri menampilkan gabungan elemen melodi tradisional Melayu dan bunyi kontemporari yang sarat dengan mesej nasihat, adab budi bahasa serta pengajaran hidup untuk generasi masa kini. Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 24, single itu merupakan antara karya awal yang dimuatkan dalam perancangan album penuh bergenre pop etnik miliknya kelak.Lagu tersebut bergenre pop etnik. "Lagu Jung Jung Inai merupakan salah satu lagu dalam album pop etnik saya. Album tersebut masih lagi dalam perancangan dan akan keluar apabila sampai masanya."Saya lancarkan lagu ini sekarang sebab ia adalah waktu yang paling sesuai untuk kami promosikan karya sebegini kepada pendengar," jelasnya.Selain itu, Iman juga diiktiraf sebagai Diamond Artist syarikat rakaman XO House. ARTIKEL BERKAITAN: Iman Troye tak nak bakal suami orang industri... Mahu jaga privasi, takut tiada masa bersamaARTIKEL BERKAITAN: Iman Troye teruja ada ‘showcase’ sendiri, mula cari idea hiburkan peminatPengiktirafan itu diberikan susulan kejayaan luar biasa Iman yang berjaya menjana hasil pendapatan mencecah RM2.5 juta sepanjang tahun 2025 menerusi muzik, kolaborasi bersama pelbagai jenama.Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas XO House, Adib Hamdi meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak didik pertamanya itu yang kini sudah enam tahun bertapak dalam industri seni tanah air.Iman diiktiraf sebagai Diamond Artist."Iman mempunyai tempat yang sangat istimewa dalam XO House kerana dia merupakan artis pertama yang kami tandatangani ketika memulakan perjalanan ini."Melihat sejauh mana dia berkembang daripada permulaan kerjaya sehingga mencapai pendapatan RM2.5 juta pada tahun 2025 merupakan sesuatu yang sangat membanggakan. "Pengiktirafan Diamond Artist ini mencerminkan segala usaha, konsistensi dan dedikasi yang diberikan olehnya," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube