suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syed Saddiq serah sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah, siap minta petua rumah tangga

Syed Saddiq tersenyum lebar ketika bertemu Tun Mahathir serta Tun Siti Hasmah.

MENGHITUNG hari bahagia, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih untuk menghantar sendiri kad jemputan perkahwinannya dengan pelakon Bella Astillah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menurut Syed Saddiq, 34, pasangan tersebut merupakan antara tetamu paling istimewa yang bakal hadir pada majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober depan.

"Hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah.

Hantaran Syed Saddiq dihujani doa daripada netizen.

"Tetamu istimewa paling senior dalam senarai tetapi masih pasangan paling muda di hati!" katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Menerusi hantaran sama, Syed Saddiq turut berkongsi beberapa foto dan video bersama Tun Mahathir serta Tun Siti Hasmah selain memaparkan kad undangan perkahwinannya berwarna krim.

Dalam kesempatan itu, Syed Saddiq turut meminta nasihat dan petua daripada pasangan berkenaan sebagai persediaan melangkah ke alam rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah makin berdebar menjelang hari bahagia, persiapan kahwin sudah 70 peratus siap

ARTIKEL BERKAITAN: “Rapat tak semestinya mereka wajib jadi pengapit“ – Bella Astillah jawab isu pilih ‘bridesmaid’, nafi ada rakan berkecil hati

"Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella, 32, sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober depan.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.

Syed Saddiq dan Bella bakal disatukan pada 10 Oktober nanti.

Pasangan itu kemudian bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dan akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 9, dan Ara, 6.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain