suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chech Harith harap eksperimen menjadi, tak kisah ‘Mazli‘ dibandingkan dengan ‘Ayam‘

Chech berharap kemunculannya dalam Kudrat 1968: High Council dapat menarik perhatian penonton.

PELAKON baharu Chech Harith terbuka menerima sebarang reaksi penonton terhadap karakter Mazli yang dibawakan menerusi drama Kudrat 1968: High Council.

Chech atau Che Harith Nazhan Che Rosli, 23, berkata dia masih dalam proses bereksperimen untuk melihat sejauh mana watak tersebut dapat diterima dan mencuri perhatian penonton.

"Saya pun masih berekperimentasi sebenarnya, nak tahu maklum balas adakah penonton akan jatuh hati dengan watak ini. 

"Saya rasa penonton akan jatuh hati dengan 'Mazli', namun sekiranya gagal mendapat perhatian penonton saya akan terus mencuba lagi. 

Chech (tengah) membawakan watak komedi bernama Mazli.

"Saya harap watak lakonan ini dapat menyentuh hati penonton, sama ada berjaya atau tidak saya serahkan kepada orang ramai. Insya-Allah saya terbuka terima maklum balas daripada penonton," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Chech turut mengakui tidak kisah sekiranya penonton membuat perbandingan antara watak Mazli dengan karakter Ayam lakonan Naim Daniel menerusi drama Projek: High Council sebelum ini.

Katanya, perbandingan tersebut dianggap sebagai satu penghargaan terhadap lakonannya, namun Mazli mempunyai sisi tersendiri yang akan diperlihatkan dalam episod akan datang.

"Sejujurnya kalau penonton membandingkan saya dengan lakonan Naim sebelum ini, saya hargai dan berbangga. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini bukan permainan solo” – Mierul Aiman tak anggap Zarif Ghazzi pesaing

ARTIKEL BERKAITAN: “Cabaran untuk dapat kembali 'roh' budak sekolah“ - Zarif Ghazzi susut 20kg, gelapkan kulit demi Abbas

"Tapi ada perbezaan karakter banyak celoteh tu banyak yang sama, namun ada sisi lain belum ditonjolkan lagi untuk episod satu. 

"Penonton kena tengok episod seterusnya untuk lihat perbezaan antara watak Mazli dan Ayam, lakonan Naim," ujarnya. 

Sementara itu, Chech menyifatkan peluang membintangi Kudrat 1968: High Council sebagai satu pencapaian peribadi apabila karya terbitan Astro Shaw itu menjadi kemunculan sulungnya sebagai pelakon.

Chech yang sebelum ini banyak terbabit dalam pementasan teater berkata pengalaman tersebut memberi ruang kepadanya untuk mengasah bakat dan lebih mendalami dunia lakonan sebelum melebarkan langkah ke siaran televisyen.

Barisan pelakon Kudrat 1968: High Council, dari kiri Evertts, Akmal, Zarif, Mierul, Fuad dan Chech.

"Ini bukan pertama kali saya berlakon, tetapi ia kemunculan sulung saya di skrin. Sebelum ini, saya banyak terbabit dalam teater.

"Saya turut membuat kajian untuk watak ini dan berharap dapat menyentuh hati penonton menerusi karakter yang dibawakan," katanya. 

Kudrat 1968: High Council merupakan prekuel kepada dunia High Council yang mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.

Selain Chech, drama arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairii Asyraf itu turut dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Akmal Asyraf.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

Artikel Lain