suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau dulu orang lain kereta mewah, saya pun nak juga” - Zul Handy Black hidup sederhana, tidak lagi kejar ‘dunia‘ selepas berhijrah

Zul mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas berhijrah.

VOKALIS kumpulan Handy Black, Zul menyifatkan perubahan terbesar yang dirasai selepas berhijrah adalah dia tidak lagi tertekan untuk mengejar kemewahan dan keperluan dunia.

Zul atau Nurzul Suphia'an Sa'aban, 51, berkata jika dahulu kehidupan dalam dunia glamor membuatkannya mudah terpengaruh dengan gaya hidup mewah, kini dia lebih selesa menjalani kehidupan sederhana dan mensyukuri rezeki yang dimiliki.

"Minta maaf cakap, kalau macam dulu saya hidup dalam dunia penuh glamor, kalau orang lain pakai kereta mewah, saya pun nak juga. 

"Tapi bila dah berhijrah dan dapat satu kefahaman lain, tak kisahlah orang nak pakai kereta mewah asalkan saya ada kenderaan sendiri sudah cukup Alhamdulillah. 

Zul tidak lagi hanya memikirkan tentang harta dunia.

"Saya dah tak ada tekanan untuk mengejar keperluan dunia lagi," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Zul berkongsi penghijrahan itu turut membuatkan dia lebih memahami keutamaan hidup serta tidak lagi berasa rendah diri dengan kehidupan sederhana.

"Bila dah berhijrah ni, saya dapat satu kefahaman lain tentang apa yang kita nak di dunia dan untuk akhirat. 

"Apabila kita sudah faham, tekanan tentang keperluan di dunia ini sudah tidak sama seperti dulu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zul (Handy Black) disindir pendakwah berlagak baik

ARTIKEL BERKAITAN: Indahnya hijrah Saharul Ridzwan, hati lebih tenang bila utamakan Allah... Benar kata Lisa Surihani bila popular lupa dunia!

"Maksudnya bila kita faham tentang kehidupan, hidup dalam keadaan sederhana pun tak rasa terhina atau rendah diri," ujarnya.

Biarpun gaya hidupnya tidak lagi seperti dahulu, Zul meluahkan rasa syukur kerana kehidupannya kini lebih tenteram dan segala keperluan masih mencukupi.

"Alhamdulillah walaupun gaya hidup tidak lagi seperti dulu tapi rasanya kehidupan saya lebih tenang. 

Saya dah tak ada tekanan untuk mengejar keperluan dunia lagi. 

ZUL HANDY BLACK

PENYANYI

"Bila saya dah mula belajar faham tentang rezeki yang Allah susun itu, jadi tidaklah terkejar-kejar kemahuan yang dulu. 

"Syukur walaupun dah tak berlakon atau menyanyi seperti dulu, rezeki saya pun masih ada. Tak ada masalah kewangan pun, Alhamdulillah semuanya mencukupi," jelasnya. 

Sementara itu, Zul menyifatkan keputusan berhijrah bukan bermakna rezekinya semakin sempit, sebaliknya masih menerima peluang dalam bidang yang lebih luas.

"Daripada segi populariti dan glamor mungkin tidak lagi terlihat di media, namun sebenarnya rezeki saya lebih terbuka luas lagi.

Zul (kanan) kini bersama Assalam Busker.

"Dulu mungkin orang nampak kita ini dalam satu genre saja, rock. Kalau ada persembahan di karnival mereka panggil saya.

"Tapi bila dah berhijrah, skop persembahan lebih meluas. Kadang acara di masjid pun jemput saya. Rupanya rezeki itu datang dengan cara yang lain pula," katanya. 

Untuk info, Zul mula mendalami agama dan berhijrah menjadi individu lebih baik selepas menyertai program hiburan Gegar Vaganza musim kedua pada 2015.

Selepas berhijrah, Zul tidak lagi aktif dalam dunia hiburan seperti dahulu, sebaliknya menyampaikan dakwah menerusi nyanyian bersama kumpulan Assalam Busker.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain