suria

Indahnya hijrah Saharul Ridzwan, hati lebih tenang bila utamakan Allah... Benar kata Lisa Surihani bila popular lupa dunia!

PERJALANAN hidup ini penuh dengan ujian, namun percayalah jika yakin pada Allah SWT segala urusan pasti dipermudahkan.

Itulah prinsip yang dipegang oleh pelakon Saharul Ridzwan dalam mencari keredaan Allah di dunia dan juga akhirat.

Menerusi segmen Hijrah Adam, secara eksklusif mStar menemubual Mohd Saharul Ridzwan Hashim untuk mendengar kisah penghijrahan aktor berusia 33 tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku dulu bukan baik sangat, Saharul Ridzwan tak nak ‘judge’ kesilapan orang lain

ARTIKEL BERKAITAN: Saharul Ridzwan bawa isteri tunai umrah 10 hari, mahu latih diri berjauhan dengan anak-anak demi sebar dakwah

"Bagi saya turning point saya tepat pada waktunya tepat pada masanya dan kalau nak cakap sebab (hijrah) saya pun tak tahu,

"Mungkin asbab doa ibu dan ayah... mungkin asbab doa isteri, keluarga saya ataupun mungkin asbab jemaah-jemaah yang pernah saya jumpa.

"Jadi saya percaya baliknya kita pada fitrah ini atas kuasa doa orang lain dan juga takdir Allah," katanya.

Dalam pada itu, Saharul berkata dia masih teringat pesanan yang diberikan oleh sahabatnya iaitu Datin Lisa Surihani ketika mereka bergandingan dalam drama Maskara pada tahun 2013.

“Saya ingat lagi apa yang Lisa pernah cakap pada saya... Saharul, satu hari nanti bila you dah naik, you mesti lupa dunia tapi masa itu saya cakap tak ada la, takkan saya macam tu!

“Tapi apa yang dia cakap tu betul. Industri (hiburan) ini sangat mencabar," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi