suria

Roslan Shah menyesal pernah buka aib Ifa Raziah, tiba masa mohon maaf... Nak mati dengan tenang

BUANG yang keruh, ambil yang jernih.

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, selebriti Roslan Shah mengambil peluang memohon maaf daripada rakannya, Ifa Raziah.

Ujar Roslan, kejadian pengsan ketika bersiaran langsung di satu program baru-baru ini membuatkan dia tersedar untuk membuat baik sesama manusia.

“Dulu saya pernah rebah di satu program tv, Allah berikan peluang kedua... jadi kini saya nak memohon maaf dan memaafkan sesiapa sahaja.

“Saya nak mati dengan tenang, saya tak nak ada masalah dengan sesiapa. Ifa Raziah kawan baik saya, saya pernah aibkan dia,,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Roslan Shah, Ifa Raziah, Ramadan,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi