suria

Umur cecah 50 tahun, Didie Alias laris jadi duta produk kecantikan… Lagi tua makin menjadi!

USIA hanya sekadar nombor.

Walaupun menjangkau usia 50 tahun, pelakon Didie Alias semakin laris apabila diangkat sebagai duta satu produk kecantikan.

Ujar Didie atau nama sebenar Fadzilah binti Mohd @ Ali, kecantikan bukan hanya pada raut wajah namun ia daripada dalam diri.

“Ramai lagi pilihan yang muda-muda... tapi untuk produk ini mereka dapat yang tepat. Pilihan ini bukan daripada kecantikan tapi disebabkan keyakinan diri kita,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Didie berbangga apabila gaya fesyen pelik yang sering diperagakannya selama kini dibawa oleh penyanyi Aina Abdul.

“Satu perkara yang bagus, ianya legasi sebab bukan saya seorang tapi ada pendatang baharu yang berani pakai dan berani kena kecam.

“Aina kena lebih yakin kalau pakai baju pokok getah, dia (Aina) kena bagi diri rasa selesa... dia boleh bawa tapi kena ada character,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Didie Alias, Aina Abdul, AJL, Duta Produk,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi