suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Qody Rani kembali menetap di Pulau Langkawi, tak penat ulang-alik Kuala Lumpur

BUKAN menghilangkan diri daripada industri seni, sebaliknya penyanyi Qody Rani memilih untuk terus menetap di Pulau Langkawi, Kedah sejak tiga tahun lalu.

Menurut Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 32, dia masih lagi menerima tawaran nyanyian dan terlibat dalam projek seni, namun perlu berulang-alik ke Kuala Lumpur.

“Saya tidak menghilang cumanya sekarang ini sudah menetap semula di Langkawi jadi kalau ada apa-apa program nyanyian atau projek mungkin akan ulang-alik ke Kuala Lumpur.

“Sudah tiga tahun rasanya saya sudah sepenuhnya menetap di Langkawi tapi tak apa sebab banyak juga datang ke Kuala Lumpur dan tidak terasa pun penat.

“Ada beberapa faktor menyebabkan saya terpaksa pindah semula ke kampung dan kemungkinan tahun 2027 ni saya bakal tinggal di Kuala Lumpur pula,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi