suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Penat la nak nyanyi lagu tinggi ni cukup la” Ara Johari tidak mahu menjerit, nak jaga pita suara daripada rosak

PENYANYI Ara Johari mengakui dia kini tidak lagi berani untuk menyanyikan lagu bernada terlalu tinggi kerana bimbang akan menjejaskan pita suaranya.

Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 29, berkata ini disebabkan vokalnya tidak lagi sama seperti awal kemunculan dalam industri muzik ketika berusia 19 tahun.

“Sekarang ni saya sampai pada satu fasa macam malas nak nyanyi lagu yang tinggi vokalnya sebab bila makin berusia ni lain sikit.

“Waktu usia muda 19 tahun dulu memang bertenaga dan vokal tu memang boleh tarik tinggi, jadi sekarang ni sangat takut sebab tekak saya sangat sensitif.

“Bila saya nyanyi lagu terlalu tinggi sekarang ni risau boleh mengganggu ‘vocal chord’ dan lebih selesa pilih lagu yang tidak terlalu tinggi mengikut kesesuaian vokal saya sekarang ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi