suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga risau kerjaya tak stabil, Emma Sofea tetap pilih lakonan demi kebahagiaan

TUJUH tahun bergelar anak seni, pelakon Emma Sofea mengakui kerjaya dalam bidang lakonan bukan sesuatu yang mudah untuk dipertahankan.

Menurut Emma, 20, dia sedar industri seni mempunyai banyak cabaran termasuk risiko dilupakan serta ketidakstabilan pendapatan.

Katanya, perkara itu turut menjadi kebimbangan keluarganya yang pernah berbincang mengenai masa depan kerjaya sebagai seorang pelakon.

"Saya ada berbincang dengan keluarga juga tentang kerjaya saya sebagai seorang pelakon.

"Mereka risau juga sebab bila-bila masa industri ini boleh jatuhkan awak, boleh dilupakan dan tiada pendapatan bulanan.

"Tetapi apa yang buat saya yakin dengan karier ini adalah ia sumber kebahagiaan saya. Kalau saya berhenti, saya tahu saya tak bahagia," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Emma berkata, wang bukan faktor utama yang mendorongnya untuk terus berlakon.

Sebaliknya, pelakon itu menganggap lakonan sebagai sesuatu yang dekat dengan dirinya dan menjadi sumber kepuasan serta kebahagiaan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi